Youtube merupakan laman perkongsian video yg amat popular sekarang ini. Lebih kurang 70-80% pengguna internet terutamanya di kalangan warga muda adalah pengguna youtube samaada secara kerap atau tidak. Di Malaysia juga begitu fenomenanya, di mana semua sumber video terutamanya yg boleh menimbulkan kontroversi biasanya bermula dari laman ini.
Bg laman perkongsian video seperti Youtube, format video yang diterbitkan iaitu streaming media content adalah berformat flash video, atau dengan konotasi ” .flv “. format ini biasanya kurang dikenali di kalangan pengguna komputer dan multmedia yg biasa.
Pengguna Youtube selalunya berminat memuat-turun video-video yg terdapat dalam laman ini. Cara untuk memuat-turun video-video dr Youtube cukup banyak sebenarnya, contohnya melalui VideoDownloader 1.1.1, atau muat-turun extension tambahan ke dalam browser anda jika menggunalan Mozilla Firefox. Tetapi masalahnya, VideoDownloader tidak menukarkan format video tersebut.
Gambarskrin dari vixy.net – penukar format flv ke avi
Di sini ada penyelesaiannya, vixy.net menawarkan penukaran format fail dari format flv ke avi secara atas talian bermaksud pautan video dari youtube boleh terus dimasukkan ke dalam kotak disediakan dan klik Mula. Bukan itu sahaja, vixy.net juga berkebolehan untuk tukarkan format flv ke format .mov,.mp4,.3gp dan .mp3. Menarik bukan?

