SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Oktober 28, 2007

Kyle XY, siri TV berkisar tentang keluarga.

Difailkan di bawah: Arena Hiburan, Siri TV, Ulasan, tv siri — by Idris Yussof @ 4:59 pm
Tags: , , , , , ,

Sesiapa pernah mengikuti suatu siri tv pada bulan Februari 2007, pasti tak akan melepaskan menonton rancangan tersebut. Kyle XY merupakan rancangan yg sangat unik berbanding rancangan-rancangan fiksyen lain. Ini kerana rancangan fiksyen ini yg ditayangkan di ABC Family di Amerika ini, mempunyai sentuhan kekeluargaan. Di Malaysia, Kyle XY musim pertama telah ditayangkan di TV3, pada setiap hari Khamis bermula pada 1 Februari yg lalu.Kyle with the pictures

Kyle Xy dibintangi oleh Matt Dallas, pelakon filem Wannabe, mengisahkan tentang Kyle yg lahir dari penciptaan klon yg agak sofistikated kerana sangatlah bijak dan cerdik. Kyle ketika keluar ke dunia, tiada memori asal dia wujud kerana dia melihat dunia ketika fizikalnya sudah seperti remaja berusia belasan tahun. Dia dikatakan amat cerdik kerana mampu mempelajari sesuatu terutamanya perkara saintifik dalam masa yg amat singkat dan dapat mengadaptasi dgn keadaan sekitaran dengan cepat.

Kyle XY sesuatu yg amat menarik ditonton seisi keluarga kerana ia menayangkan bukan semata-mata genre sains fiksyen tetapi isu kekeluargan. Kyle selepas keluar dari hutan berjumpa dengan keluarga Trager yg amat penyayang. Kyle XY tidak mempunyai pusat kerana ia bukan dilahirkan dari perut ibu tetapi suatu kebuk berbentuk silinder di sebuah makmal rahsia. kehidupan Kyle dalam siri ini lebih berkisar tentang pencarian identiti sebenar Kyle.

Bagi mereka yg tidak pernah menonton siri ini, jangan lepaskan peluang. Sehingga hari ini, Kyle XY telah ke udara selama 2 musim. Musim yg ke-2 pula dibahagi kepada dua. 13 episod elah menemui penonton setia, manakala 10 lagi episod bakal menjengah awal 2008. Saksikannya, ia memberi mesej kekeluargaan yg amat tinggi, pasti anda tersentuh menontonnya.

No Comments Yet »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Dikuasakan oleh WordPress