SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

November 25, 2007

Selamatkan Komputer anda sebelum diformat

Difailkan di bawah: Ingin Tahu..., Tutorial, Windows, komputer — by Idris Yussof @ 8:02 am
Tags: , , , , , , ,

Leceh bukan kalau anda bercadang ingin memformat komputer anda, kemudian anda perlu memindahkan data penting dari drive C ke drive D? Di sini ada jalan ringkas supaya data dapat dipindahkan dan maklumat seperti senarai lagu-yg-dimainkan (playlist) dan data-data lain dapat diselamatkan sebelum diformat. Mudah sahaja.Ikut langkah di bawah:

1. Buka My Computer anda. Pada bahagian Other Places (di tepi bahagian kiri tetingkap My Computer untuk WinXP), klik butang kanan tetikus pada pilihan My Documents, kemudian akan keluar pilihan-pilihan seperti gambar di bawah. Klik pada Properties.

move-target.png

2. Tetingkap seterusnya seperti di bawah akan muncul.

prop-my-doc.png
Klik pada Move untuk tetingkap di atas.

3. Kemudian pindahkan lokasi My Documents anda ke lokasi baru yg dikehendak, selalunya di dalam drive D kerana anda bercadang untuk memformat komputer anda.

move-la.png

4.Selesai sudah. Anda telah bersedia untuk memformat jika fail-fail penting anda di drive C jika semuanya terletak di My Documents.

Selamat mencuba.

No Comments Yet »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Dikuasakan oleh WordPress