AirAsia, Tune Hotel dan kini muncul pula Tune Money. Ketiga-tiga produk @ perkhidmatan ini banyak membawa pembaharuan dalam dunia perniagaan atau perkhidmatan di rantau ini.Yg pasti, semua orang Malaysia termasuk TKI(Tenaga Kerja Indonesia) yg menetap di sini sedar akan kewujudan AirAsia sebagai perkhidmatan tambang murah bg kapal terbang. Jadi kepada yg cepat membuat tempahan atas talian, harganya kadang-kadang hanya RM0.99(tidak termasuk cukai). Walaupun tidak termasuk cukai, ini sudah cukup berbaloi dan amat murah. Tambahan pula, jika dibandingkan dengan menaiki bas, dengan harga yg ditawarkan, masa dan tenaga dan juga mungkin wang dapat dijimatkan bila menaiki AirAsia ini. Slogan ini dikira amat berkesan,mahal dan sesuai sekali untuk AirAsia iaitu
Sekarang semua orang boleh terbang
Dengan slogan itu, penerbangan AirAsia telah membawa lebih kurang 33 juta penumpang sejak beroperasi. Ini merupakan sesuatu yg patut dibanggakan Dato’ Tony Fernandes, seorang usahawan yang pernah berkecimpung dalam dunia perniagaan dalam industri hiburan di mana beliau adalah sebahagian keluarga Warner Music Group.

Sebenarnya di sebalik AirAsia ini, banyak lagi subprojek dan perancangan yg Dato’ Tony Fernandes. Seperti yg kita ketahui, sekarang ini pula muncul konsep serupa walaupun tidak keseluruhannya, tetapi ia diaplikasi pada perkhidmatan perhotelan, Tune Hotels. Tune Hotel menggunapakai konsep perkhidmatan tambang murah AirAsia, iaitu serendah RM9.99. Ianya lengkap dan selesa sebagai sebuah bilik hotel, dan setiap perkhidmatan tambahan tertentu dikenakan sedikit caj. Tetapi setiap tempahan masih menggunakan sistem atas talian (online). Jadi pelanggan boleh mendapatkan sebarang maklumat tempahan dan lain-lain di internet. Dengan bahagian pernerbangan dan hotel telah diteroka, muncul pula konsep Tune Money. Ia lebih kepada insurans dan juga seperti kad debit atau kad prabayar (urusniaga dengan kad prabayar).
Setelah beberapa lama beliau berkecimpung dalam perniagaan “perkhidmatan murah”, keluar lagi satu rancangan baru yg digerakkan pada hujung tahun lepas. Di bawah payung Tune Ventures, yg mungkin akan menjadi bawah payung Tune Group, Tune Talk mungkin akan beroperasi dalam tahun ini. Tune Talk menawarkan perkhidmatan telefon mudah alih menerusi pendekatan Operator Sistem Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO). Secara mudah, pengendali Tune Talk tidak perlu memiliki infrastruktur telekomunikasi dan pembahagian spektrum frekuensi seperti yg diguna pada Celcom, Maxis dan Digi, tetapi menggunakan frekuensi dan kelengkapan tersedia dari penyedia sistem perkhidmatan telekomunikasi. Untuk ini, Tune Talk telah memeterai perjanjian dengan Celcom untuk melaksanakan MVNO. Tune Group juga telah berkecimpung dalam bidang hiburan dengan Tune Entertainment antara projek terawal ialah menaja filem yg sekarang ditayangkan di pawagam iaitu Cuci The Movie. Dan ketika ini, Tune Group(mungkin belum ditubuhkan lagi) dalam proses mengeluarkan dua lagi perkhidmatan menarik melalui Tune Records dan Tune Records. Tune Store seperti sebuah pasaraya dan Tune Records sebuah syarikat rakaman. Semua ini akan menanti kita pada masa hadapan melalui Dato’ Tony Fernandes yg penuh dengan idea baru untuk diketengahkan di Malaysia.
Secara rumusannya, konsep yg cuba diketengahkan oleh Tune adalah konsep “no-frills” yg bermaksud perkhidmatan atau sesuatu yg diberi menurut apa yg penting sahaja, perkara yg tidak penting disingkirkan dari senarai perkhidmatan. Contohnya dalam Tune Hotels, jika anda menggunakan penghawa dingin, anda akan dicaj atas perkhidmatan tersebut kerana pakej asal tidak melibatkan penghawa dingin.
Sebenarnya tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk membincangkan mengenai apa perkhidmatan ditawarkan Tune Group. Tetapi sebagai seorang yg kaki internet dan juga mengharapkan kelajuan internet di Malaysia, saya berharap Dato’ Tony Fernandes dapat menawarkan talian jalurlebar mampu milik yg murah dan laju serta mungkin menggunakan konsep no-frills. Jadi lebih ramai rakyat Malaysia yg tinggal di kampung-kampung boleh mendapat manfaat selain menyinggah di blog-blog bermanfaat seperti (
). Dengan ini, ia boleh menjadi alternatif kepada perkhidmatan utama Streamyx.

Wahhh bagus… kalau ada tune broadband, memang saya daftar dulu… Ehhhh, kamu tahu, happy menggunakan konsep 99 sen untuk 45 minit telefon tau! Kemana-mana taliuan…
Komen oleh Azhar Ahmad — Februari 5, 2008 @ 7:33 pm |
tau2…tp xberminat.hehe..sebab xde nak call sesape lelame camtu..
Komen oleh Idris Yussof — Februari 6, 2008 @ 3:18 am |
huhu..kalau ade tune broadband..aku lupakan yg lain..haha..mcm iklan la pulak
Komen oleh tentera — Februari 6, 2008 @ 8:01 am |
xde persaingan adalah punca streamyx kurang ajar…haha…
Komen oleh melayubuntu — Februari 6, 2008 @ 12:56 pm |
#syamsulariff a.k.a tentera
yup..aku pn tunggu gak..idea2 ataupun copy-an Dato; Fernandes selalu mengena.
#syahidzul a.k.a melayubuntu
benar..sungguh kurang ajar
Komen oleh Idris Yussof — Februari 6, 2008 @ 3:58 pm |
pe kata buat 99 sen untuk 24 jam internet.. kuang3x
Komen oleh Muhammad Khairul — Februari 9, 2008 @ 12:29 pm |
hah..kalau cenggitu sedap gak..aku trus apply. 1 hari approximately RM1, jd sebulan RM30..kalau nk service charge –> RM 5, jadi total unlimited broadband = RM 35.yg penting kelajuan pn kenela 15 GB/s
Komen oleh Idris Yussof — Februari 9, 2008 @ 4:24 pm |