SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Februari 7, 2008

Tukar CD-ROM anda kepada DVD-ROM

Difailkan di bawah: Dunia Teknologi, Ingin Tahu..., komputer — by Idris Yussof @ 5:50 pm
Tags: , , ,

Sesiapa yg tidak berkesempatan untuk membeli DVD-ROM untuk komputer meja masing, mereka tidak perlu risau dan tidak perlu menambah wang untuk membelinya. Ini kerana, jika komputer anda, telah mempunyai drive CD-ROM tersedia, anda boleh menjadikannya DVD-ROM, dengan sedikit pengubahsuaian. Sebelum ini, mungkin drive CD-ROM anda boleh membaca CD sahaja, setelah melakukan pengubahsuaian, drive anda mampu untuk membaca DVD-Video pula. Bukankah sangat berguna? DVD yg anda beli boleh dipasang di PC lama anda tanpa perlu risau jikapemain DVD anda rosak.

Ok.Untuk memudahkan kefahaman, anda perlu tahu bagaimana ia berlaku.

Trek pitch CD adalah 1.6 microns, dan Trek pitch DVD hanyalah 0.8 microns. Kepanjangan minima laluan lubang CDs adalah 0.843mm, dan kepanjangan minima lubang DVD adalah 0.293mm. Itulah sebabnya cakera DVD dapat menampung banyak data yang lebih dalam saiz satu Cakera.

Dengan situasi yg diberikan, anda perlu melakukan penyesuaian pada kepala laser. Kepala laser ini amat penting, kerana laser ini yg akan membaca sebarang data tertulis pada cakera yg anda masukkan dalam CD-ROM drive anda. Kepala laser ini harus diubahsuai supaya laser tersebut boleh membaca cakera yg mempunyai trek pitch yg lebih kecil dan laluan lubang yg lebih pendek.

(lagi…)

Penjana Elektrik Termudah.

Difailkan di bawah: Dunia Teknologi, Ingin Tahu..., Tutorial — by Idris Yussof @ 8:16 am
Tags: , , , , , , ,

Penjana elektrik yg biasa kita dengar adalah penjana yg digunakan di stesen penjana arang batu, atau penjan hidroelektrik. Semuanya memerlukan suatu kawasan, sumber dan tempat yg besar dan banyak. Elektrik yg dijana pula, adalah dalam nilai yg amat besar sebelum diedarkan ke kawasan perindustrian dan perumahan.

Tapi untuk konsep asasnya, penjana elektrik boleh menggunakan dinamo, seperti yg kita belajar semasa Darjah 4 di sekolah rendah dalam subjek Sains. Cuma bezanya, voltan yg dijana tidaklah besar. Jadi untuk menjanakan elektrik, tidaklah begitu susah. Jadi, bagaimana untuk melakukannya sendiri? Penggemar D.I.Y, saksikan video ini.

(lagi…)

Dikuasakan oleh WordPress