IE Tab - penyelesaian kepada laman web yg hanya menyokong Internet Explorer.
Februari 10, 2008 oleh Idris Yussof
Sebahagian dari laman web yg kita layari dari sehari-hari meggunakan enjin Internet Explorer dalam memaparkan isi kandungannya tetapi kebanyakannya menggunakan enjin Mozilla.Dan sebahagian besar pengguna internet yg rajin melayari internet pula menggunakan aplikasi Mozilla Firefox dalam pelayarannya. Contohnya, jika anda menggunakan sistem operasi Windows samaada Win 2000, XP, Vista dan lain-lain, anda mungkin ingin mendapatkan bantuan penyelesaian masalah dari laman web Microsoft. Tetapi masalahnya, anda tidak mahu membuka pelayar yg banyak(IE dan Mozilla) dalam menyelesaikan masalah anda.
Contohnya, jika anda pernah melawat laman muaturun blogspot yg boleh digunakan untuk memuaturun mp3 melayu, di laman tersebut ada dinyatakan bahawa Internet Explorer adalah pelayar yg sesuai untuk memaparkan laman web tersebut. Selain itu, pengguna windows teruamanya mungkin ingin melayari laman web Microsoft update memerlukan pengguna internet menggunakan IE, jadi IE Tab ini amat membantu.
Laman web Muaturun yg menggunakan enjin IE dengan IE Tab di Mozilla Firefox
(Klik pada imej untuk lihat imej yg lebih besar)
Langkahnya cukup mudah, ini kerana IE Tab merupakan sebahagian dari tambahan atau
add-on dalam firefox. Sila pergi ke dalam
laman web ini, kemudian muat turun failIE Tab dari lamantersebut dengan menekan butang hijau. Kemudian, satu tetingkap akan eluar, meminta anda pasangkan plugin IE Tab tersebut. Klik pada butang
Install. Setelah selesai, anda hanya perlu tutup dan buka semula Firefox supaya IE Tab dapat diaktifkan.
Cara kedua adalah dengan memuaturun fail
pemasang ini atau dapatkannya di
laman web ini. Kemudian, anda hanya perlu,
tarik-dan-lepas (
drag and drop) fail .xpi tersebut ke dalam Mozilla Firefox yg telah dibuka. Seterusnya, prosedur pemasangan sama seperti langkah di atas.
Untuk sebarang perubahan ketetapan (setting), sila lihat pada penjuru bawah, di sebelah kanan pelayar Mozilla anda. Anda boleh mencuba untuk mengubahnya dengan klik menggunakan butang kanan atau kiri tetikus anda. Jadi, laman web berenjin IE sedia dipaparkan di Firefox.
Dikirim dalam Dunia Teknologi, Internet dan Dunia Maya, Tutorial, Ulasan, Windows, komputer, xp | Tagged IE, IE Tab, Internet Explorer, Microsoft, Mozilla, Mozilla Firefox | 6 komen
Tinggalkan jawapan
Oh, tapi performance dia ok tak?..
performance dia ok jek. cume mase kita klik kt icon bwk kanan sekali tu, dia cam lagging beberapa second jap..tp pastu ok la..
aku rasa lain sket blog ni ari ni..tukar template ek…hehe
btw, ni bleh guna dlm ubuntu x??
malangnye, ia tidak disokong di Ubuntu..oleh itu, untuk guna gak, yg aku terbaca,kene install ie4linux dulu..then baru leh pakai ie tab.ehm, yah..baru tukar template..terasa bosanla pulakmngn templat lama.
Banyak info berguna tapi saya taktau nk komen. hehe. maaf!
takpe..terima kasih atas lawatan..