SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Ogos 23, 2007

Heroes…Bahaya & Menarik

Filed under: Arena Hiburan,Siri TV — by Idris Yussof @ 8:24 am
Tags: , , , ,

 

Saya pasti di kalangan pembaca di sini telah menonton rancangan Sains Fiksyen terbitan NBC dr USA iaitu HEROES. Heroes adalah sebuah drama atau rancangan tv bersiri yang mengisahkan tentang bagaimana terdapat beberapa manusia yang menyedari diri mereka mempunyai keistimewaan iaitu memiliki kuasa yang luar biasa dari orang biasa.

Sylar with Hiro Nakamura

Sylar berhenti seketika setelah Hiro berjaya memberhentikan masa.

Cerita ini adalah hasil idea Tim Kring yang juga berpengalaman dalam menghasilkan rancangan televisyen bersiri lain seperti Crossing Jordan dan Strange World . Rancangan ini menampilkan beberapa kuasa yang terdapat di kalangan mereka yang istimewa, contohnya Claire Bennet yang mampu sembuh sebarang kecederaan dalam masa yg amat pantas. D.L boleh melalui atau tembus mana0mana laluan bertembok yang dilalui, Hiro Nakamura pula boleh menhentikan masa dan bergerak atau menjeajahi masa ke depan dan belakang. yang paling menarik ialah kuasa ada pada Peter Petrelli yang mampu mengambil kebolehan manusia luarbiasa lain ketika berada dekat dengan mereka (orang yang mempunyai kuasa luarbiasa). Contohnya Peter boleh terbang hanya ketika berada di samping abangnya Nathan Petrelli yg juga sedang bertanding Jawatan dalam Kongress. Watak antaonisnya, Sylar pula sebenarnya mempunyai kuasa mengetahui bagaimana sesuatu itu boleh berfungsi, sesuai dengan dirinya pada asalnya seorang pembuat Jam. walaubagaimanapun, kerana sifatnya yg tamak, menyebabkan dia ingin menjadi lebih luarbiasa dengan membunuh beberapa Heroes untuk mendpatkan kuasa mereka. Dia membunuh dengan cara yang amat kejam, iaitu memotong tenrkorak mangsa dan mengambil otak mangsa.

Cerita ini memang amat menarik, dalam masa yang sama ada beberapa benda yang perlu diketahui menganai YG Menarik dan YG Bahaya:

Yg menarik…

  • Plot cerita yang menarik tidak mudah dijangka.
  • Konfliknya agak kompleks kerana walaupun dikatakan heroes ini terdiri daripada manusia seluruh dunia, tetapi semuanya dikatakan mempunyai saling berkait antara satu sama lain. Cnth: Claire adalah anak luar nikah kepada Nathan Petrelli yg juga salah seorg Heroes.
  • Peter Petrelli mempunyai kemampuan untuk mendapat kuasa dari semua Heroes yg pernah ditemuinya, menjadikannya agak hebat di kalangan Heroes.
  • Watak bapa Claire atau Noah Bennet dan Mr Linderman boleh diragui statusnya samaada seorg yg baik atau sebaliknya menjadikan penonton sukar untuk menentukannya.
  • Jaringan kuasa yg ditonjolkan tidak stereotaip dan agak kreatif kerana bukan semua Heroes adalah hebat.
  • Watak Heroes tidak seperti watak Superman yang hanya dia yg hebat dan sentiasa menang, jadi mereka yg luarbiasa ramai dan berkait rapat antara satu sama lain.

Yg Bahaya…

Oleh kerana sebahagian dari pengikut cerita ini adalah orang yg beragama Islam, akidah juga boleh terpesong jika tidak berhati-hati.

  • Ada beberapa watak yg mengatakan diri mereka seperti Tuhan, sedangkan Tuhan Maha Berkuasa, pegangan ini harus ditolak dan tidak boleh terpengaruh walaupun seketika dan hanya dalam cerita. Penyelesaiannya, tonton tanpa sebarang perasaan dan anggapan yg sama dengan kata-kata yg diungkapkan itu.🙂
  • Memperakui dan mempercayai Teori Darwin. Kita semua tahu teori Darwin untuk masyarakat Islam, kita tidak seharusnya mempercayainya.
  • Kuasa yg ada pada Hiro Nakamura seperti mempertikaikan bahawa qada’ dan Qadar tidak berlaku kerana boleh mengulangi hari yg telah dilalui, walaupun masa tidak boleh dirujuk kembali. Ini mungkin menjejaskan akidah secara tidak langsung dan secara halus.
  • Kuasa luarbiasa itu sendiri sudah tidak sesuai, tetapi mungkin penontonfaham ia hanyalah rekaan.

Jadi, tontonlah dan buatlah andaian dengan tepat dan tidak merosakkan pegangan agama.

Sumber informasi untuk peminat2 rancangan Heroes boleh didapati di laman web berikut:

  1. Imdb
  2. HeroesWiki
  3. Rumusan Episod Heroes
  4. Lagi Tentang Heroes

1 Komen »

  1. Hey there would you mind letting me know which web host you’re using? I’ve
    loaded your blog in 3 different web browsers and I must say this blog loads a lot faster then most.
    Can you recommend a good web hosting provider at a reasonable price?

    Thank you, I appreciate it!

    Komen oleh dyno for Sale — November 2, 2012 @ 3:50 am |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: