SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

September 22, 2007

Bagaimana menggunakan LAN?

Filed under: Dunia Teknologi,Tutorial — by Idris Yussof @ 5:23 pm
Tags: , , ,

Bosan melihat rakan-rakan bercerita mereka bermain apa-apa permainan komputer melalui “Rangkaian Kawasan Setempat” atau LAN. Tetapi anda sendiri tidak mengetahui bagaimana untuk mengeset tetapan pada komputer anda. Jangan bimbang, kerana ia amatlah mudah untuk dilakukan,termasuk bagi mereka yang bukan pengguna komputer yg tegar dan kurang arif tentang komputer. Tutorial ini bagi mereka yg menggunakan WinXP, tetapi Win98 dan Win2000 juga tidak banyak berbeza.

Apa yg anda perlukan mula-mula sekali adalah kabel LAN yg mungkin terdiri dari kabel terus dari Komputer ke Komputer yg dikenali crossover cable atau kabel yg disambung ke hab. Kabel LAN boleh dirujuk seperti di bawah:

 

LAN

Satu Kabel Crossover LAN.

 

hub

Satu Contoh hab untuk sambungan LAN.

 

 

Kabel Lan ini hendaklah disambung dari satu komputer (PC) ke komputer yg lain. Contohnya jika menggunakan kabel crossover, kabel tersebut boleh disambung dari PC 1 ke PC 2. Jika menggunakan hab, kabel LAN perlu disambung dari hab ke PC 1 dan PC 2.

Kemudian konfigurasi LAN perlu disetkan supaya LAN dapat berfungsi. Pertama sekali, buka Start Menu, kemudian pergi kepada Connect To, apabila keluar senaranya, klik pada Show All Connection. Setelah Tetingkap (Windows) Network Connection sudah keluar, klik butang kanan (Right-Click) tetikus anda dan pilih Properties. Setelah itu, rujuk paparan berikut:

lan 1

Setiap PC,PC 1 dan 2 haruslah mendapat tetingkap ini, kemudian pada kotak kedua pada tetingkap ini, klik pada Internet Protocol (TCP/IP), kemudian klik butang properties di bawahnya. Kemudian tetingkap kedua akan keluar, seperti berikut.

lan 2

untuk PC 1, anda harus mengisi maklumat dalam kotak yg disediakan pada tetingkap tersebut mengikut alamat di atas. Secara teorinya, anda boleh meletakkan alamat IP yg lain, asalkan ianya sama dengan alamat IP PC yg kedua. Yg membezakannya adalah nombor terakhir pada alamat IP, PC 1 boleh gunakan nombor ‘1’, dan PC 2 gunakan nombor lain iaitu ‘2’ ataupun lain-lain. Subnet Mask juga tidak perlu ditukar nilainya, terus ikut apa yg dipaparkan di atas ini. kemudian klik ok. Untuk PC2, paparan skrin adalah seperti berikut:

lan 3

Anda nampak? Ketetapan pada PC 2 juga sama dengan PC, cuma nilai terakir alamat IP sahaja. Jadi klik OK, kemudian siap. Untuk, tutorial menetapkan rangkaian antara komputer supaya dapat melakukan perkongsian fail dan pencetak, tunggu artikel akan datang.

1 Komen »

  1. […] Bermakna Bagaimana menggunakan LAN?Khutbah Nabi Mengenai DajjalTukar format fail .flv dari youtube ke .avi secara atas talian […]

    Ping balik oleh Berkongsi fail dan pencetak dengan LAN « Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman — Oktober 28, 2007 @ 6:50 pm |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: