SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Oktober 28, 2007

Berkongsi fail dan pencetak dengan LAN

Seperti dijanjikan, tutorial kali ini adalah sambungan kepada artikel sebelum ini. Kali ini, setelah ketetapan ataupun konfigurasi yg ditunjuk dalam tutorial sebelum ini telah dibuat dengan betul anda boleh menyambung langkah seterusnya.

Untuk itu, mulakan dengan langkah 1 ini:

step 1

Buka Start Menu kemudian klik pada My Network Places.

Langkah 2

 

step2

Kemudian, tetingkap ini akan keluar. Klik pada Show icons for networked UPnP devices dan biarkan ia loading dan klik OK. Setelah itu, klik pada Set up a Home or Small Office Network. Dan satu wizard ini akan muncul, klik Next sehingga tetingkap seperti di bawah muncul. (more…)

Advertisements

Kyle XY, siri TV berkisar tentang keluarga.

Filed under: Arena Hiburan,Siri TV,tv siri,Ulasan — by Idris Yussof @ 4:59 pm
Tags: , , , , , ,

Sesiapa pernah mengikuti suatu siri tv pada bulan Februari 2007, pasti tak akan melepaskan menonton rancangan tersebut. Kyle XY merupakan rancangan yg sangat unik berbanding rancangan-rancangan fiksyen lain. Ini kerana rancangan fiksyen ini yg ditayangkan di ABC Family di Amerika ini, mempunyai sentuhan kekeluargaan. Di Malaysia, Kyle XY musim pertama telah ditayangkan di TV3, pada setiap hari Khamis bermula pada 1 Februari yg lalu.Kyle with the pictures

Kyle Xy dibintangi oleh Matt Dallas, pelakon filem Wannabe, mengisahkan tentang Kyle yg lahir dari penciptaan klon yg agak sofistikated kerana sangatlah bijak dan cerdik. Kyle ketika keluar ke dunia, tiada memori asal dia wujud kerana dia melihat dunia ketika fizikalnya sudah seperti remaja berusia belasan tahun. Dia dikatakan amat cerdik kerana mampu mempelajari sesuatu terutamanya perkara saintifik dalam masa yg amat singkat dan dapat mengadaptasi dgn keadaan sekitaran dengan cepat. (more…)

Terjemah Laman Internet ke Bahasa Melayu.

Pengguna internet yg bertutur dalam Bahasa Melayu pasti mengetahui bahawa kebanyakan maklumat dan informasi di internet kebanyakannya datang dari sumber berbahasa Inggeris. Bagi mereka yg tidak fasih berbahasa Inggeris atau tidak begitu mahir, merasakan penggunaan internet sebagai gerbang ilmu amat terbatas. Jika dilihat statistik laman-laman web berbahasa melayu juga kurang. Contohnya, Wikipedia, ketika ini hanya lebih kurang 24,000 artikel berbahasa Melayu sedangkan artikel berbahasa Inggeris hampir mencecah 3 juta.

Namunn, kini mereka yg kurang mahir dalam bahasa Inggeris tidak lagi perlu berasa gusar kerana penyelesaiannya sudah ada. Citcat adalah jawapannya. Citcat adalah laman penterjemahan yg berfungsi menterjemahkan sebarang teks dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan juga sebaliknya. Ia bukan seperti kamus atas talian kerana laman ini juga mampu berfungsi untuk meterjemahkan laman-laman web lain yg berasaskan html ke dalam bahasa Melayu. Jadi bagi mereka yg ingin dapatkan maklumat yg banyak sumbernya berbahasa Inggeris, penterjemahan ini amat membantu.

Namun begitu laman ini juga mempunyai kekurangan kerana ia menggunakan java sebagai sumber kod antaramukanya. Setakat ini, ia masih lagi baik untuk kegunaan Internet Explorer sahaja. Mungkin akan datang, laman ini berfungsi dengan baik di dalam Mozilla Firefox. Ketepatan penterjemahan teks juga masih lagi kurang, tetapi ia amat sesuai untuk kefahaman yg lebih mudah dalam bahasa Inggeris. Ia sesuai untuk pelajar-pelajar yg kurang mahir  dalam bahsa Inggeris walaupun penterjemahannya tidak tepat tetapi amat membantu.

Mereka yg berminat dan ingin mendapat manfaat bolehla berkunjung ke laman tersebut.

Create a free website or blog at WordPress.com.