SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

November 2, 2007

Sarikata – dunia video masa kini.

Filed under: Dunia Teknologi,Ingin Tahu...,komputer — by Idris Yussof @ 10:49 am
Tags: , , , , , ,

Menurut Wikipedia, sarikata ditakrifkan sebagai versi-versi teks dialog dalam filem-filem dan program-program televisyen dan biasanya ia dipamerkan di bawah skrin. Ia terdiri daripada sama ada satu bentuk terjemahan tersurat satu dialog dalam satu bahasa asing, atau satu dalam bahasa yang sama—dengan atau tanpa maklumat tambahan juga boleh membantu penonton-penonton pekak dan separuh pekak untuk memahami dialog

 

.subs.jpg
Ini salah satu contoh sarikata yg terdapat dalam sebuah drama di 8TV(Malaysia).

Sarikata secara umumnya boleh dibahagi pada tiga iaitu sarikata tertutup, terbuka, dan pra-render. Sarikata terbuka jg dikenali sebagai hardsub dan sarikata tertutup sebagai softsub. Sarikata terbuka ini juga boleh ditakrifkan sebagai sarikata yg kekal terdapat pada video yg ditayangkan itu manakala sarikata tertutup adalah sarikata yg boleh diaktifkan dan tidak diaktifkan mengikut kemahuan pengguna. Dan sarikata ini adalah yg berasingan (bebas) dari fail video asal.

Dengan kepesatan industri atau permintaan untuk memuat turun drama dan filem, kini kebanyakannya menggunakan pendekatan sarikata tertutup. Bagimereka yg agak tahu mengenai teknikal dan sering memuat turun filem dan siri tv dari internet, mereka lebih faham mengenai sarikata tertutup ini. Sarikata ini terdiri daripada pelbagai format, contohnya .srt, .sub, .ssa, .smi, .psb, .usf dan macam-macam lagi. Fungsinya sama iaitu memaparkan sarikata di skrin tv atau komputer tetapi formatnya mungkin berlainan iaitu sama ada berasaskan teks ataupun berasaskan gambar. Tetapi sarikata ini hanya melibatkan fail video yg ber-extension atau berformat avi dan divx.

Untuk memastikan sarikata ini boleh berfungsi dan dipaparkan di skrin, pengguna harus mengambil langkah-langkah berikut.

  1. Anda mesti mempunyai pemain video seperti Jetaudio dan Media Player Classic. Jika tidak anda harus memasukkan dalam komputer anda.

  2. Mempunyai codec yg sesuai seperti K-Lite Codec Pack atau Combined Comunity Codec Pack.

  3. Jika tidak anda jug boleh mendapatkan perisian DirectVobSub supaya sarikata dapat dipaparkan.

  4. Fail video yg dikehendaki dan fail sarikata berkenaan harus diletakkan di satu folder yg sama. Setelah itu nama kedua-dua fail sarikata dan video harus sama. Contohnya jika video adalah ImpakMaksima.avi, fail sarikata juga haruslah ImpakMaksima.srt

  5. Anda boleh mainkannya.

subs.png

Salah satu contoh susunan fail video dan sarikata masing-masing dengan nama yg sama, supaya sarikata dapat dipaparkan ketika video dimainkan.

Seterusnya anda boleh cuba untuk drama dan filem-filem yg lain.

2 Komen »

  1. […] tukar format, video, videohelp anda ingin dapatkan bantuan bagaimana hendak letakkan terus sarikata ke video yg and muatturun? Secara tetap ke video tersebut? Jika tutorialnya di sini, mungkin boleh […]

    Ping balik oleh Dapatkanlah bantuan dari VideoHelp « — November 9, 2007 @ 6:07 pm |Balas

  2. Masih ada siaran berbahasa asing yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan tanpa sari kata berbahasa kebangsaan. Contohnya slot Golden Dragon di tv2.

    Kenapa perkara ini terus berlaku. Di mana penguatkuasaan, sedangkan kewajipan sari kata ini telah diwajibkan sejak 31 Ogis 1977 lagi.

    Nampaknya kita belum peka akan hal ini. Negara ini berbahasakebangsaankan bahasa Melayu. Tentunya budayanya tidak sama dengan budaya negara China, India atau Taiwan.

    Komen oleh awangsoh — April 7, 2009 @ 3:43 am |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: