SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

November 9, 2007

Pelbagai cara memuat turun dan perkongsian melalui Internet.

Konsep perkongsian di internet sebenarnya telah bermula sejak tahun 80-an lagi. Usenet adalah antara salah satu peneroka dunia perkongsian di internet. Usenet, pada mulanya hanyalah sebagai suatu koleksi nota dan mesej/pesanan yg disampaikan pengguna internet ke pelayan (server) dengan menyentuh pelbagai topik dan subjek. Secara teknikalnya, suatu koleksi subjek atau mesej dan nota-nota yg dihantar di pelayan Usenet ini dikenali sebagai kumpulan-topik (newsgroup). Di dalam kumpulan-topik inilah boleh berlakunya pemindahan data binari yg digunakan dalam perkongsian fail. Gambar di bawah ini, boleh menerangkan serba sedikit mengenai konsep Usenet.

Untuk pemahaman lebih lanjut bagaimana USENET berfungsi dan membantu perkongsian fail dan data di internet dalam artikel saya yg akan datang.

Selain dari teknik perkongsian dari internet, cara biasa yg mungkin semua orang tahu ialah cara biasa memuat turun fail melalui pautan yg ada di internet. Tp biasanya ia lebih kepada fail-fail yg bukan dikehendaki oleh pengguna biasa di internet. Filem dan lagu-lagu jarang dikongsi di dalam pautan biasa kerana hanya pemilik website yg mempunyai jumlah kapasiti pelayan yg besar saja mampu menyediakan perkhidmatan sedemikian. Ini kerana ada sekatan iaitu hakcipta bagi setiap sumber yg hendak dikongsi melalui pautan biasa. Kebanyakannya cara memuatturun ini adalah melibatkan laman-laman web milik syarikat, kerajaan dan laman web rasmi. Jadi pengguna tegar internet biasanya akan menggunakan cara memuat- turun dan perkongsian melalui bit torrent, hoskan fail. Tetapi, jika ada antara pengguna yg dahulunye pernah menggunakan MiRC, mereka sebenarnya terlupa atau tidak mengetahui satu fakta iaitu pengguna IRC boleh berkongsi fail melaluinya. Dan ketika perkongsian dan sesi memuat-turun dan memuat-naik, ia berlandaskan konsep penguna kepada pengguna, walaupun pada asalnya sesi perbualan (chatting) berlaku dengan konsep pelayan-pengguna. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara memuat-turun melalui IRC boleh mengunjungi forum ini. Pada era 90-an, muncul pula konsep “Pengguna-Terus ke-Pengguna” atau p2p (Peer-To-Peer). Konsep ini berkembang begitu cepat sekali,termasukpengguna internet di rantau ini. P2P ini terdiri dari elbagai jenis sub-kategori. Sistem ini membolehkan fail yg hendak dikongsi tersedia dari komputer pengguna terus tanpa perlu melalui pelayan. pelbagai protokol atau sistem telah dicipta untuk menambahbaik konsep perkongsian seperti ini. Anda pasti dulu pernah terdengar klien-klien atau perisian seperti kazaa, limewire, dan banyak lagi. Kini aplikasi torrent lebih popular berbanding Kazaa dan seumpamanya walaupun konsepnya masih sama. pelbagai laman web berkaitan torrent telah muncul kini dengan pengikutnya agak ramai. Pelbagai filem terbaru biasanya lebih senang didapati menggunakan torrent berbanding cara muat turun yg lain. Namun begitu, torrent ada kekuranganny kerana ia agak lambat memuatturun fail yg kurang popular kerana tidak ramai yg berkongsi.

Konsep bittorrent adalah seperti gambar di atas.

Untuk keterangan lanjut, tunggu entri akan datang mengenai torrent.

Ada satu lagi cara perkongsian dan memuatturun di internet yg mula mendapat perhatian iaitu penghosan fail(file hosting). Rapidshare, Savefile, Sendspace, Megaupload, Megashares dan Flyupload adalah antara laman web dan pelayan web yg menyediakan perkhidmatan sedemikian. Pada asalnya, fungsi penghosan fail ini adalah untuk menyimpan fail di internet, tetapi perkembangannya mewujudkan fenomena memuatturun fail kepada seluruh pengguna internet. Pengguna yg memuatnaik fail tertentu biasanya akan poskan pautan fail tersebut ke forum-forum atau blog-blog di internet supaya pengguna lain boleh memuatturunnya. Namun cara ini ada batasnya. Setiap laman seperti disebutkan di atas ada hadnya, mungkin hanya membenarkan pengguna memuatnaik hanya 300MB untuk satu fail. Namun itu tidak menghalang pengguna menghoskan video bersaiz 700MB di laman tersebut. pengguna boleh memecahkannya kepada beberapa bahagian sebelum dimuatnaik ke internet. Jadi pengguna sebenarnya mempunyai pelbagai pilihan dan dapat mencuba semua pilihan dalam mendapatkan fail-fail di internet. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Yg pasti ini mewujudkan suasana yg menyeronokkan kerana video dan fail yg menarik dan bermanfaat dapat dikongsi bersama di internet atau dunia maya.

5 Komen »

  1. […] rapidshare, simpan Sebelum ini, soal perkongsian fail di internet telah dihuraikan serba sedikit. Kali ini, senarai laman web yg menyediakan perkhidmatan hosting dan penyimpanan fail atas talian […]

    Ping balik oleh Senarai Perkhidmatan Simpanan Fail Atas Talian « SenyumaNSedekaH - Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman — November 27, 2007 @ 5:49 pm |Balas

  2. Try to inform them another game title and there will definitely
    be considered a follow-up question to that.
    In order to avoid becoming dull all of us involve inside
    us some form of play. The NASCAR schedule
    lists the events that are about to transpire inside the
    coming months, and they are often released ahead of the start of
    every season for every division with the races.

    Komen oleh Candy crush saga cheat — Jun 28, 2013 @ 1:31 pm |Balas

  3. More than 500 calories should be consumed daily
    on top of the maintenance amount. But the problem
    for most of these fitness enthusiasts is that they do not know
    how to go for it. The next one, another effective exercise is the Incline
    Press, which makes a budge to the upper chest.

    Komen oleh gain muscle and lose weight — Ogos 5, 2013 @ 5:16 pm |Balas

  4. Great beat ! I wish to apprentice whilst you
    amend your website, how can i subscribe for a weblog site?
    The account aided me a applicable deal. I have been tiny bit familiar of this
    your broadcast offered bright clear idea

    Komen oleh Www.Youtube.com — Julai 8, 2014 @ 9:10 am |Balas

  5. I do not even know the way I stopped up here, but I believed
    this post was once great. I do not know who you are but certainly you’re going to a well-known blogger should you aren’t already.
    Cheers!

    Komen oleh Arcane Legends apk mod — Julai 8, 2014 @ 10:03 am |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: