SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

November 25, 2007

Laman torrent tempatan

Filed under: torrent — by Idris Yussof @ 8:34 am
Tags: , , , , , , ,

feweet.png

Untuk mendapatkan laman-laman memuatturun rancangan tv atau hiburan tempatan di internet mungkin agak terhad. Tetapi SenyumaN ingin berkongsi beberapa laman web torrent yg boleh anda lawati untuk dapatkan drama-drama, rancangan tv, dan bermacam-macam lagi sumber karya tempatan.

Ini adalah sebahagian daripada senarai laman torrent tempatan yg dapat dijejaki SenyumaN:

  1. Jiwang torrent atau dikenali sebagai JWG Torrent
  2. TorrentMalaya
  3. Feweet Torrent, formatnya hampir sama dengan JWG Torrent

Walaupun hanya 3 sahaja laman torrent yg dijumpai, tetapi kandungannya cukup lengkap dan dapat dijadikan sumber arkib tempatan. Walaubagaimanapun, torrent bukannya satu-satunya jalan untuk mendapatkan hiburan dan rancangan tempatan. Banyak lagi portal-portal dan laman blog untuk pautan terus muat turun video-video tempatan yg akan dibongkar dalam entri akan datang.

Advertisements

Selamatkan Komputer anda sebelum diformat

Filed under: Ingin Tahu...,komputer,Tutorial,Windows — by Idris Yussof @ 8:02 am
Tags: , , , , , , ,

Leceh bukan kalau anda bercadang ingin memformat komputer anda, kemudian anda perlu memindahkan data penting dari drive C ke drive D? Di sini ada jalan ringkas supaya data dapat dipindahkan dan maklumat seperti senarai lagu-yg-dimainkan (playlist) dan data-data lain dapat diselamatkan sebelum diformat. Mudah sahaja.Ikut langkah di bawah:

1. Buka My Computer anda. Pada bahagian Other Places (di tepi bahagian kiri tetingkap My Computer untuk WinXP), klik butang kanan tetikus pada pilihan My Documents, kemudian akan keluar pilihan-pilihan seperti gambar di bawah. Klik pada Properties.

move-target.png

(more…)

Blog di WordPress.com.