SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Disember 10, 2007

Ubuntu 7.10 dalam PS3

Jangan anggap sistem operasi hanya untuk komputer dan pelayan sahaja. Konsol permainan juga sekarang sudah dinaikkan taraf boleh dipasangkan dengan sistem operasi. Terbaru, menurut Softpedia, Ubuntu 7.10 yg berasaskan dari Linux boleh dipasang sebagai sistem operasi kedua setelah sistem operasi XMB di dalam permainan konsol PlayStation3(PS3).

Secara mudahnya, mereka yg berminat memainkan fail multimedia dalam PS3 dalam bentuk seperti apa yg ada dalam sesebuah komputer peribadi (PC) bolehlah memasang ubuntu dalam sistem PS3 mereka. Tetapi untuk mencapai kualiti yg menarik, pemilik PS3 haruslah mempunyai tv yg ada HDMI input supaya menghasilkan output yg berkualiti.

Seperti yg ramai tahu, PS3 menggunakan cakera blu-ray yg berdefinisi tinggi untuk konsolnya. Jadi kualiti gambar dan grafik adalah lebih baik berbanding sebelumnya iaitu PS2.

Dengan kemampuan ini, peminat konsol PS3 juga dapat menrasai dan menikmati pengalaman seperti mereka yg menggunakan komputer peribadi di rumah.Cuma mungkin tersapat beberapa kekurangan kerana ia tidak lengkap seperti sebuah PC sebenar. Namun apa salahnya mencuba.

Jadi untuk Langkah-demi Langkah cara pemasangan Ubuntu dalam PS3, boleh lawatii Softpedia atau Forum ebuyer atau Gamespot. Dan untuk mendapatkan fail .iso atau pemasangnya, boleh dimuatturun di sini.

Advertisements

Peringatan Kemaskini yg Menjengkelkan..

Filed under: komputer,Windows — by Idris Yussof @ 4:41 pm
Tags: , , , , , , , ,

Pernahkah anda mendapat peringatan kemaskini (update alert) yg menjengkelkan seperti ini?

baloon.png

Bagi mereka yg tidak suka dengan sistem pengemaskinian automatik(Auto-update), pasti cukup sakit hati apabila setiap kali komputer dibuka belon tips kuning seperti gambar di atas keluar. Walaupun tidaklah begitu mengganggu tumpuan tetapi sedikit sebanyak rasa geram tetap ada.Biasanya ia terjadi kpd mereka yg tidak berminat dengan kemaskini automatik xp atau mereka menggunaka sistem operasi winXP cetak rompak.

Jadi penyelesaiannya mudah. Mungkin anda sebelum ini tak perasan dengan kewujudan penetapan itu.

(more…)

Blog di WordPress.com.