SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Disember 13, 2007

Benarkah TMNet = TMNut kerana ianya paling lambat?


Streamyx Sucks

TMNet sekarang telah memiliki pengkritik dan pembenci yg ramai, berdasarkan kepada apa yg terdapat pd beberapa sepanduk di atas dan sepanduk lain yg boleh didapati di sini.Terdapat juga pelbagai blog, forum dan cara lainyg ditunjukkan oleh pengguna jalur lebar ini sehingga wujud projek untuk menggesa TMNet meningkatkan taraf perkhidmatan kpd pelanggan-pelanggannya. Ini kerana TMNet merupakan pembekal perkhidmatan internet (ISP) terbesar di Malaysia.

Suara-suara ketidakpuashatian yg kedengaran juga menyebabkan wujudnya komuniti yg diajak sesama komuniti maya untuk sama-sama menyatakan sokongan dengan meletakkan imej ini di blog atau website masing-masing.

Kebanyakan pengguna jalur lebar di Malaysia adalah pengguna tegar internet sama ada untuk berblog, bersosial, bersembang,memuatturun, mencari bahan dan ilmu serta macam-macam lagi. Dan kebanyakannya tidak berpuashati dengan kelajuan internet kerana mereka rasa nilai kelajuan yg diuar-uarkan tidak sama dgn perkhidmatan yg merek telah bayar.

Jadi mungkin ada penyelesaiannya kerana ada ISP lain juga terdapat di Malaysia sebagai alternatif.

Advertisements

Akses Fail Linux dalam Windows

Kepada mereka yg tidak tahu, Linux dan Windows menggunakan sistem fail yg berbeza. Biasanya Windows yg sekarang Windows Vista dan Win XP menggunakan sistem fail NTFS manakala Linux menggunakan Ext3 atau Ext2. Secara umumnya jika anda biasa menggunakan Dual-booting antara Windows dan Linux anda mendapati kesukaran terutamanya ketika menggunakan Windows. Ini kerana anda tidak boleh mengakses fail anda di dalam Linux samaada Ubuntu, Mandriva, Red Hat ataupun Fedora.

Sekarang, satu perisian yg dikenali sebagai Linux Reader telah berkemampuan membaca bahagian (partition) Linux di dalam Windows.

(more…)

Blog di WordPress.com.