SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Disember 17, 2007

Konfigurasi Bluetooth dalam Ubuntu

Kepada pengguna Ubuntu,anda harus berterima kasih kepada kumpulan pembangun sistem operasi ini,kerana setiap keluaran (setiap 6 bulan) pasti ada penambahbaikan dan bilangan perkakasan (hardware) yg disokong juga bertambah.

bluetoothusb.jpg

Untuk Ubuntu 7.10 (Gusty Gibson), sokongan ke atas peranti seperti bluetooth semakin mudah kerana Ubuntu 7.10 akan mengenal peranti bluetooth anda samaada anda mempunyai bluetooth terbina dalam ( biasanya komputer riba(laptop) ) ataupun menggunakan bluetooth dongle (bluetooth yg dihubungkan menggunakan usb seperti gambar di atas). Bermakna sokongan peranti pada Ubuntu lebih baik dari Windows di Windows, driver perlu dipasang dahulu untuk pengaktifan satu-satu peranti. Kebanyakan usb bluetooth dongle sekarang in, sudah boleh disokong oleh ubuntu. Untuk mengetahui adakah bluetooth anda disokong atau tidak, sila ke sini.

Jika anda menggunakan dongle, ketika anda memasukkan peranti tersebut, komputer akan mengesan kewujudannya secara automatik dan pada panel atas biasanya akan muncul ikon bluetooth seperti ini.Lihat pada ikon berwarna biru itu.

bluetooth panel

Untuk memastikan hubungan antara bluetooth di komputer dan bluetooth pada peranti lain dapat berfungsi, pastikan kedua-dua perati disetkan pada Mod Boleh-Ditemui (Discoverable Mode).Biasanya kita gunakan Bluetooth untuk pemindahan data dari komputer ke telefon bimbit atau sebaliknya.

Jadi, untuk memulakan proses perhubungan kedua-dua peranti, mula-mula sekali, anda perlu klik butang-kanan tetikus pada ikon bluetooth yg telah ditunnjukkan. Pilih, Preferences.Preferences

Kemudian, tetingkap seperti di atas akan keluar. Pada tab pertama, iaitu tab adapter (dalam contoh ini tab pertama ialah nama saya sebagai nama adapter),set mod operasi (Mode of Operation) kepada pilihan kedua seperti di atas. Ini memudahakan peranti telefon bimbit yg anda gunakan boleh ditemui oleh dongle di komputer.

Kemudian, setkan pada telefon bimbit anda supaya dapat melakukan sebarang perkhidmatan pemindahan data atau apa-apa yg lain. Ini dengan membuat ikatan dengan peranti bluetooth dongle pada komputer. Apabila ikatan ingin dibuat, kata laluan akan diminta. Masukkan kata laluan dari telefon bimbit anda. Satu tips belon pada ikon bluetooth akan keluar seperti di bawah.

bluetooth-3.png

Klik pada belon ini, dan masukkan kata laluan sama seperti kata laluan yg anda letak pada telefon bimbit anda. Kemudian, buka semula Bluetooth Preferences seperti yg ditunjukkan tadi.

bluetooth-2-a.png

Klik pada butang Add, untuk menambah peranti yg boleh berhubung antara satu sama lain.

bluetooth-2-b.png

Selesai, konfigurasi Bluetooth pada Ubuntu Gusty Gibson. Pemindahan data boleh dimulakan.

Hanya klik butang-kanan tetikus pada ikon bluetooth sekali lagi, pilih Browse Device. Pilih peranti telefon bimbit anda. Kemudian klik Connect. Ubuntu melalui bluetoothmya akan melayari tefon bimbit kita dan mungkin tetingkap seperti ini akan keluar.

obex-1.png

Untuk memindahkan data, hanya dengan Tarik-dan-Lepas (Drag & Drop) fail yg ingin dimasukkan. Ataupun Salin dan Tampal (Copy & Paste) seperti biasa.

transfer-to-phone.png

Satu contoh pemindahan data menggunakan bluetooth.

Untuk pengguna Ubuntu 7.04 dan sebelumnya, jangan risau.Ini kerana anda juga boleh melakukan pemindahan fail melalui bluetooth , cuma anda perlu melakukan lebih sedikit usaha dengan menggunakan command-command di Terminal. Rujuk di sini.

 

9 Komen »

  1. wah smart…aku xpnah cuba lg connect bluetooth guna ubuntu nih..atau dgn kata lain, aku xpnah guna pun fungsi bluetooth hp aku…haha..
    tp ubuntu gusty mmg best bab2 detect hardware nih…aku harap hardy heron nanti lagi machow..

    Komen oleh melayubuntu — Disember 17, 2007 @ 5:41 pm |Balas

  2. yep,,memang mudah,scanner,printer,usb n sume device aku dia auto-detect.xyah aku install driver cm kt winxp..best..tp aku ingat nk try freespire la nanti lepas aku tambah harddisk..em,ak perasan ko writer rise of islam kan syahid??hee, dh lame ek xupdate.

    Komen oleh Idris Yussof — Disember 17, 2007 @ 6:31 pm |Balas

  3. unable to connect… aduh…aku cuba banyak kali…last sekali,aku try gune “bluetooh file sharing” …untuk terima ke pc ble,nak trnsfer ke nset,tak reti…apesal tak boleh connect ek..?

    Komen oleh gie — Januari 4, 2008 @ 11:03 pm |Balas

  4. gie, kalo nak terima ke enset, try this
    –>
    ko right click kt desktop ubuntu ko,pastu ko create launcher, then sila isi ruang2 berkaitan seperti berikut:

    Type: Application
    Name: (ikut suka ko la- cam aku aku gune nama “Bluetooth Transfer”
    Command: gnome-obex-send
    Comment : (letak la ape2 sbg mengingat ape fungsi this thing)

    dah buat tu, ko leh drag je pape file yg ko nk transfer dr pc ke enset dgn drag&drop kt this launcher

    Komen oleh Idris Yussof — Januari 5, 2008 @ 5:14 am |Balas

  5. berjaya….hahaha…tq…best gak….sebenarnya,driver bluetooth aku ilang..nak pakai kat windows,tak boleh..tak sangka ubuntu berguna…hehe…tak perlulah aku buka memory card lagi skang….

    Komen oleh gie — Januari 5, 2008 @ 11:18 am |Balas

  6. sama2..sebenaqnya, sebelum aku guna cara yg kt entri aku di atas, aku gune cara yg launcher ni la..🙂

    Komen oleh Idris Yussof — Januari 5, 2008 @ 12:15 pm |Balas

  7. camne nak akses internet dari telefon bimbit menggunaka pc dengan guna blueetooth dongle.apa yang perlu dibuat

    Komen oleh mohamad nawi — Mac 18, 2008 @ 5:25 am |Balas

  8. alamak..aku xbape nk tau..nanti aku try kaji kalo sempat..untuk waktu sekarang ni, dalam masa beberapa minggu n bulan, aku memg xsempat..nk online pn payah..lgpun aku xde pengalaman sebb handset aku xleh connect 3g jd xpakai la internet dr phone..try tanye syahid, mungkin dia tau,kalo kt ubuntu pn mgkin dia tau.

    Komen oleh Idris Yussof — Mac 21, 2008 @ 11:17 am |Balas

  9. Fantastic goods from you, man. I have understand your stuff previous to and you’re just extremely magnificent. I actually like what you’ve acquired here, really like what you’re saying and the way in which you say it. You make it enjoyable and you still take care of to keep it sensible. I cant wait to read far more from you. This is actually a great site.

    Komen oleh Wxyz coupon — Mac 18, 2013 @ 6:08 pm |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: