SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Disember 18, 2007

OpenMoko – Telefon Bimbit Sumber Terbuka

Pernah terbayang anda berhak untuk mendapat, mengguna,mengubah dan mengagihkan perisian dan perkakasan pada telefon bimbit anda? Kini, OpenMoko, telah memulakan usaha menghasilkan telefon bimbit pertama yg menggunakan platform sumber terbuka atau Open Source. Dan inilah hasilnya..

openmoko - neo1973

Neo1973 – Telefon Pintar menggunakan platform OpenMoko.

Neo1973 ini dikira sebagai sumber terbuka degan sebenar-benar bebas pada perisian dan juga perkakasan. Jika telefon bimbit yg lain, kita dihalang dari meneroka potensi dan membuat sebarang modifikasi terhadap perkakasan. Tetapi dengan platform OpenMoko ini, potensi telefon bimbit ini dikembangkan lagi kepada tahap yg lebih jauh. Pembangun dan mungkin penggodam perkakasan (Hardware Hacker) boleh mengkaji dan memperbaiki sebarang kekurangan pada peranti ini melalui PCB. Keterbukaan Platform Open Moko ini boleh dirumuskan dalam petikan Bahasa Inggeris ini:

Like Make Magazine we believe “If you can’t open it, you don’t own it”.
Others try their best to lock us out of the devices we buy, but, Neo’s are built for you to open. You can take the casing apart and get at the PCB. Opt for the Neo Advanced kit and we’ll give you a special screwdriver (the Neo cracker) and plastic guitar pick to make opening this device even easier. Go ahead, open your Neo. Make our day.

Seperti biasa, untuk mereka yg mengikuti perkembangan pergerakan perisian percuma dan gerakan untuk sumber terbuka ini, mereka tahu bagaimana kekuatan sumber terbuka untuk perisian-perisian dalam Neo1973 ini. Jadi pengguna bebas untuk memasukkan perisian ygdisukai dan membuang apa yg tidak mahu diguna, sama seperti sebuah komputer peribadi, cuma ianya adalah telefon bimbit pintar.

Golongan anti-iPhone juga menyokong usahaini, dan ade di antaranya membuat perbandingan antara kedua-dua peranti.

 

iphone vs neo1973.

Nama Neo1973 merujuk pada Dr Martin Cooper yg membuat panggilan pertama menggunakan telefon bimbit pada tahun 1973.

Buat masa sekarang, Neo1973 hanya dipasarkan kepada mereka yg terdiri dari pembangun program perisian atau perkakasan sahaja. Pengguna biasa akan dapat melalui pengalaman menggunakannya akan datang.

Ini spesifikasi Neo1973 setakat sekarang:

* 120.7 x 62 x 18.5 (mm)
* 2.8″ VGA (480×640) Skrin TFT
* Samsung s3c2410 SoC @ 266 MHz
* Cip Global Locate AGPS
* Ti GPRS (2.5G not EDGE)
* USB 1.1 Tanpa Kuasa
* Skrin Sesentuh
* Slot Micro-SD
* 2.5mm jek audio
* 2 butang tambahan
* 1200 mAh bateri (dicas dengan USB)
* 128 MB SDRAM
* 64 MB NAND Flash
* Bluetooth (2.0)

 

14 Komen »

  1. perh..walaupun bentuknya xbrape cun dgn rounder yg melampau, tapi ni satu perkembangan yg bagus bg dunia sumber terbuka…

    Komen oleh melayubuntu — Disember 18, 2007 @ 9:20 pm |Balas

  2. a’ah..sbnrnye byk gak phone yg di-run oleh Linux, tp ini first yg benar2 sumber terbuka. pastu dia hmpir2 mcm iPhone wlpn xsepowerful iPhone.Neo1973 boleh diperbaiki lg.iPhone dpt aplikasi yg ditaja dan berbayar, jd itu sebab mahal, tp Neo–> lebih murah

    Komen oleh Idris Yussof — Disember 19, 2007 @ 2:57 am |Balas

  3. am rasa cam ok pulak tengok bentuk dia tue…

    Komen oleh Arm — Disember 28, 2007 @ 3:01 pm |Balas

  4. wah…ini punya tempat sangat menarik… tak yah beli iphone la… ye…best best

    Komen oleh hairieusoff — Disember 29, 2007 @ 10:02 pm |Balas

  5. yahh..tp kene tunggu dia shipkan untuk pengguna biase..buiat mase ni masih utk developer jek..rasenye hargenye berbaloi kerana kita diberi kebebasan sepenuhnya mengubahsuai henset kita dan ade kuase spt admin atau provider la..

    Komen oleh Idris Yussof — Disember 30, 2007 @ 10:27 am |Balas

  6. salam …
    waa…info yang menarik betul .. perisian percuma ..barulah ade persaingan dan perkembangan dari teknologi ..tapi takut nanti macam ubuntu jadi kubuntu .. ‘aku buntu ?’ he he ..

    Lawat la blog saya ttg ulasan mengenai telefon bimbit..
    http://www.phonesmodel.com

    Komen oleh kirinz — Januari 30, 2008 @ 11:12 am |Balas

  7. terima kasih kerana melawat blog ini..maaf kerana kekurangan pengemaskinian sejak kebelakangan ini..kerana saya agak sibuk..Ubuntu tak kan jd BuNtU..jgn riso..nanti akan muncul ramai penggemar Linux dsi Malaysia.mgkn lagi hustler cam Red Hat atau Fedora ke..

    Komen oleh Idris Yussof — Januari 31, 2008 @ 1:58 pm |Balas

  8. Aplikasi dan games terlengkap untuk handphone/PDA http://nabilmobile.com

    Komen oleh NabilMobile — Mac 14, 2008 @ 9:50 am |Balas

  9. terima kasih nabil

    Komen oleh Idris Yussof — Mac 21, 2008 @ 11:17 am |Balas

  10. ada jual tak kat Malaysia?

    Komen oleh herumi — Mei 26, 2010 @ 8:53 am |Balas

  11. hp xmnawan…….ader jual x kt malaysia????

    Komen oleh eala....88 — Ogos 4, 2010 @ 1:28 am |Balas

  12. I enjoy reading through a post that will make people think.

    Also, many thanks for allowing for me to comment!

    Komen oleh ericbartley.com — September 3, 2013 @ 11:27 pm |Balas

  13. you are really a just right webmaster. The site loading
    velocity is incredible. It seems that you’re doing any
    unique trick. Also, The contents are masterwork. you have performed a magnificent job in this matter!

    Komen oleh contemporary kitchens — Disember 30, 2013 @ 7:59 am |Balas

  14. Nice blog right here! Additionally your website lots up very fast!
    What host are you the usage of? Can I get your affiliate hyperlink on your host?
    I wish my site loaded up as quickly as yours lol

    Komen oleh syracuse crossfit — Mac 31, 2014 @ 10:40 am |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: