SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Januari 15, 2008

GeexBox – Pusat Media Terbuka Tanpa Pemasangan

Anda mengalami situasi seperti ini?

Komputer anda tidak boleh di-boot ke dalam mana-mana sistem operasi sama ada WinXp/Vista atau Linux? Codec tidak mencukupi dan tiada pemasang sesuai untuk codec yg anda kehendaki kerana hubungan internet anda tiada?

Jangan risau, kerana GeexBox boleh membantu mengurangkan stres anda untuk mengakses video, muzik dan fail-fail hiburan dari cakera keras (Hard Disk) anda.

GeexBox Splash

Skrin Kilas ketika masuk ke sistem GeexBox

 

GeexBox ini berfungsi seperti sebuah sistem operasi, namun ianya merupakan sebuah pemain video dan audio sumber terbuka yg tidak perlu dipasang ke cakera keras. Untuk mereka yg sudah mengenali Linux serba sedikit, mereka pasti tahu mengenai Cakera Padat Langsung (Live CD). GeexBox boleh diboot dengan Live CD tanpa memasang terlebih dahulu ke dalam cakera keras. Selain itu anda boleh dapatkan CD Geexbox ini secara percuma di sini, dan juga cerminan pautan ini.

Yang menariknya, GeexBox ini tidak perlu memasang sistemnya ke dalam cakera keras. Ia boleh digunakan atau dimainkan sebagai sebuah pemain media dengan hanya menulis kodnya di atas RAM. Jadi anda tidak perlu risau mengenai kemungkinan data dalam cakera keras anda akan hilang. Fail imej .iso nya hanyalah lebih kurang 10MB. Sangatlah kecil.

Muka Utama GeexBox selepas selesai Loading.

Selain itu, hampir semua jenis fail multimedia boleh dibaca oleh GeexBox ini. Semua codec telah tersedia secara pra-penggunaan. Jadi pengguna tidak perlu risau dan tidak perlu memikirkan codec apa yg perlu dipasang atau apa jenis fail boleh dan tidak boleh dibaca oleh Sistem Operasi ini. Selain itu, GeexBox juga boleh menyokong bacaan fail multimedia dari USB Pendrive, internet atau melalui LAN. Jadi, boleh disimpulkan bahawa, GeexBox ini satu pakej Sistem multimedia ringkas yg lengkap.

 

Sebuah filem yg diberhenti seketika dalam GeexBox. Pilihanyg ada di skrin merupakan panel utama GeexBox.

Jadi, apa perlu ditunggu lagi, ayuh muat turun GeexBox atau jika malas memuatturun failnya isonya yg sangat kecil, tempah Cakera Padatnya (CD) dengan sedikit bayaran..

10 Komen »

  1. waaa..bro, ko guna yg ni ke ari 2?mengisi masa-masa terluang coz desktop ko rosak??hehe…
    btw,nice info…never know about this stuff before..

    Komen oleh melayubuntu — Januari 15, 2008 @ 6:02 pm |Balas

  2. huhu…yes….nasib ada geexbox..

    Komen oleh Idris Yussof — Januari 16, 2008 @ 12:57 am |Balas

  3. alahhhh, ada bayaran gak ingatkan oss

    Komen oleh Azhar Ahmad — Januari 16, 2008 @ 8:02 am |Balas

  4. nice info! tapi ada bayaran gak ek.. spoil je

    Komen oleh rightbrainer — Januari 16, 2008 @ 3:15 pm |Balas

  5. eh..mane ade bayaran..kalau download .iso nyer, free jek..yg kene bayar kalau order online..

    Komen oleh Idris Yussof — Januari 16, 2008 @ 6:01 pm |Balas

  6. geexbox ni tuk geek je ek??
    wakakak..

    Komen oleh melayubuntu — Januari 16, 2008 @ 7:49 pm |Balas

  7. xlah..untuk GEEX..
    GeeX = xramai org tahu
    Geek = Org Pandai dan Bijak gile2
    hahaha

    Komen oleh Idris Yussof — Januari 16, 2008 @ 8:07 pm |Balas

  8. haha..yela..geek budak bijak…hahaha

    Komen oleh melayubuntu — Januari 23, 2008 @ 4:50 pm |Balas

  9. offtopic…untuk pengetahuan ko,aku pun budak kfk gak..n aku kenal ko…hahaha…dalam blog je ni,aku tak cam sgt…huhuhu…

    Komen oleh gie — Februari 4, 2008 @ 11:15 pm |Balas

  10. la..yeke..sape lak ko ni ek??

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 5, 2008 @ 12:41 pm |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: