SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Januari 19, 2008

Bagaimana untuk mount dan unmount imej .iso dalam Ubuntu

Filed under: Ingin Tahu...,Linux,muat turun,Tutorial — by Idris Yussof @ 12:37 am
Tags: , , , , , ,

Anda menggunakan Ubuntu(Hanya sah untuk pengguna Ubuntu dan mungkin Sistem Operasi terbitan Debian)? Anda ada imej .iso? Tetapi anda malas mahu membakar(burn) imej itu kerana penulis CD dalam komputer anda mengalami masalah atau anda tidak mempunyai penulis CD. Ataupun anda ingin mengakses fail dalam imej .iso tersebut, namun anda tidak mempunyai cakera padat kosong di waktu itu dan malas menggunakan CD kosong untuk fail .iso sekecil 200MB. Tutorial ini dapat membantu untuk anda menggunakan skrip supaya imej .iso anda boleh di-mount dan di-unmount atau ditanam sebagai suatu Judul(Volume/Drive) dalam komputer anda.

Ideanya ialah anda memuatturun dua skrip yg akan diberikan di bawah. Skrip ini bertindak sebagai pelaksana arahan supaya imej .iso anda boleh dibaca dengan cemerlang, kemudian boleh buang arahan bacaan/akses ke atas imej tersebut.

Muatturun dua skrip ini dahulu, sebelum kita teruskan dengan langkah-langkah lain. Letakkan kedua-dua fail anda ini di desktop anda dahulu.

Langkah kedua ialah, buka kedua-dua fail ini. Jika ada tetingkap keluar mengatakan ingin melaksanakn fail suruhan ini atau seperti gambar di bawah ini, klik pada display.

Run mount.sh

Setelah kedua-dua fail telah dibuka anda harus buka terminal. Untuk membuka terminal, klik pada Applications>Accessories>Terminal.

Di dalam terminal taipkan beberapa arahan atau suruhan untuk menjadikan skrip itu berguna.

Taipkan:

  • sudo gedit ~/mount-iso

Kemudian, buka semula fail mount-iso yg telah dibuka sebelum ini tadi, salin(copy) semua skrip tersebut, dan tampal(paste) skrip tersebut dalam mount-iso baru yg kosong ini. Kemudian simpan(save) fail mount-iso baru ini. Sama juga untuk skrip yg kedua, iaitu skrip unmount-iso.

  • sudo gedit ~/unmount-iso

Buka fail unmount-iso asal, dan salin skrip dan tampal dalam unmount-iso yg baru. Simpan(save) fail tersebut dengan klik butang Save pada perisian gedit tersebut. Kedua-dua tindakan di atas akan menyebabkan anda menyimpan skrip di lokasi berikut –> /home/[username anda]

Untuk membolehkan fail ini boleh melaksanakan arahan seperti dalam skrip, taipkan dalam terminal dengan dua arahan ini pula:

  • sudo chmod +x ~/mount-iso
  • sudo chmod +x ~/unmount-iso

Kini, anda perlu pindahkan lokasi fail tersebut di lokasi yg sebenarnya di /home/[username anda]/.gnome2/nautilus-scripts/:

  • sudo mv ~/mount-iso ~/.gnome2/nautilus-scripts/
  • sudo mv ~/unmount-iso ~/.gnome2/nautilus-scripts/

Ok, sekarang semua proses sudah selesai. Anda sudah boleh mount dan unmount imej iso anda. Anda hanya perlu klik-butang-kanan pada tetikus anda pada fail .iso anda, kemudian pergi pada skrip dan klik pada mount atau unmount. Selesai. Selamat mencuba.

2 Komen »

  1. Ixora dan Rama-rama tu link yg sama je awk letak. Tak pyh letak dua2 link pn takpe kecuali awk nk add blog kedua sy – Ixora Riana. heehee.

    **dh lama nk pasan tp br arini rs nk ckp😀

    Komen oleh ixora — Januari 21, 2008 @ 12:37 pm |Balas

  2. Baik – proses pembetulan akan dijalankan berkuatkuasa bila saya free.hee

    Komen oleh Idris Yussof — Januari 22, 2008 @ 1:15 am |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: