SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Januari 23, 2008

Set PC tanpa internet menggunakan wayarles USB(Aztech WL635USB)

Kebanyakan dari pengguna Ubuntu dan distro/edaran lain Linux memerlukan penggunanya mempunyai perhubungan internet yg bagus dan laju seperti jalur lebar dan sebagainya. Tetapi mungkin ada antara ketikanya kita terpaksa membawa laptop atau komputer kita di tempat lain seperti kolej dan sebagainya dan ditambah pula perhubungan internet menggunakan tanpa wayar atau wayarles. Jadi mungkin ada antara anda menggunakan kad wayarles atau adpater, atau telah terpasang secara binaan dalaman laptop.

Masalahnya adalah, kerana kebanyakan driver adapter wayarles anda tidak boleh terpasang secara automatik dalam Ubuntu anda. Oleh itu anda perlu memasang satu perisian iaitu Ndiswrapper. Perisian ini berfungsi dengan menggunakan driver dari Windows di dalam kotak Linux atau Ubuntu anda. Jika anda mempunyai internet menggunakan cara lain seperti LAN dan sebagainya, anda boleh mendapatkan Ndiswrapper secara atas talian. Jika sumber utama internet anda adalah hanya dari wayarles anda, terutama di kolej, anda boleh mendapatkan perisian Ndiswrapper melalui entri ini. Untuk tutorial kali ini, ia tertumpu kepada adapter wayarles Aztech WL635USB, dan mungkin ia berfungsi untuk adapter wayarles lain.

Pertama sekali, anda perlu mendapatkan 3 pakej dari perisian Ndiswrapper ini dari internet melalui komputer yg disambung dengan internet(kafe siber, komputer rakan yg tersedia hubungan internet). Sila muat turun pakej ini dan pasangnya dengan mengklik dua-kali tetikus pada fail .deb tersebut. Jangan pasangkan atau cucuk adapter usb aztech anda dahulu ketika langkah ini.:

Kedua, anda perlu menyenaraihitamkan atau menghilangkan kebenaran pada driver sumber terbuka bcm43xx. Caranya adalah membuka terminal, kemudian taipkan ini dan tekan Enter.

  • echo ‘blacklist bcm43xx’ | sudo tee -a /etc/modprobe.d/blacklist

Seterusnya, plugkan USB wayarles anda, dan semak adakah, komputer mengecam adapter anda. Untuk semak, taip “ lsusb ” dalam terminal Ubuntu anda.
Kemudian, anda perlu sediakan driver Aztech Windows anda untuk dimasukkan ke dalam Ubuntu anda. Jika anda sudah pasang driver itu pada PC anda yg melakukan dual-booting, jadi anda perlu mencari fail ber-extension .inf pada folder driver wayarles anda dan beberapa fail lain seperti .sys dan .bin dari Windows anda.Alternatifnya, anda boleh dapatkan dari CD driver anda ketika membeli usb wayarles tersebut. Untuk kemudahan anda bagi yg menggunakan Aztech WL635USB, anda boleh muat turun fail tersebut di sini.

Jika anda menggunakan Vista,kemungkinan fail driver untuk .sys yg berbeza. Selepas anda mendapatkan fail di atas, anda salin-dan-tampal(copy-and-paste) di satu folder di kotak Ubuntu anda. Mungkin anda boleh buat satu direktori baru (direktori Wifi misalnya) di /home/[nama_anda]/[direktori baru]. Jika direktor tersebut bernama Wifi, jadi alamatnya seperti ini: /home/[nama_anda]/Wifi . Kemudian masukkan fail driver di atas ke dalam direktori ini.

Anda akan gunakan antarammuka ndisgtk untuk memasang driver wayarles anda kerana anda telah pun memasang pakej ini (ndisgtk) sebelum ini dengan langkah pertama di atas. Buka System > Administration > Windows wireless drivers. Jika sistem mahukan kata laluan, hanya masukkannya. Dan anda boleh memasang driver wayarles tersebut dengan antaramuka itu. Hanya pasang dengan layar(browse) pada fail .inf dalam direktori yg telah anda letak pada mulanya tadi. Sekarang, pemasangan driver telah selesai.

Langkah terakhir, anda perlukan supaya driver wayarles anda di-load ketika komputer pada Ubuntu dibuka. Jadi anda tidakprelu engaktifkan driver setiap kali kompuuter dibuka. Untuk menjalankan langkah ini, buka terminal dan taipkan ini:

  • sudo ndiswrapper -m

Sekarang, anda boleh, mematikan dan membuka semula komputer anda dan gunakan fungsi internet dari usb wayarles anda. Perhatikan isyarat wayarles di palang atas, atau bahagian kanan atas desktop anda. Ia berbentuk seperti tangga yg menunjukkan berapa kelajuan dan isyarat penerimaan wayarles dari perkakasan usb wayarles tersebut.
Harap ia dapat membantu. Jika ingin panduan lengkap dan juga bantuan, boleh mendapatkan pertolongan melalui dokumentasi ini. Jikaanda mengalami masalah, boleh bertanya di forum atau dengan saya(jika saya mampu menolong) atau saudara syahid zul(yg bnyk menolong saya).

13 Komen »

  1. Aduh rumitnya kerja kannn… hummmm

    Komen oleh Azhar Ahmad — Januari 24, 2008 @ 3:03 am |Balas

  2. tidak rumit sangat la..ia hanya sebab saya menulis entri panjang.. langkahnya lebih kurang 5 sahaja.Harap membantu..

    Komen oleh Idris Yussof — Januari 24, 2008 @ 5:54 am |Balas

  3. adoii.. penin kepala ni dok tgk terma2 I.T yg aku tak paham.. ahha.

    slmt berhujung minggu!

    Komen oleh muzem — Januari 25, 2008 @ 1:47 am |Balas

  4. ubuntu tuh emende sebenarnyer?

    me tumpang lalu jer..

    Komen oleh en_me — Januari 31, 2008 @ 11:54 pm |Balas

  5. Ubuntu nih sejenis Operating System.. dia lebih kurg cam guna Microsoft Windows la.. cume ia dari kernel Linux.file system dan software juga agak berbeza tetapi fungsi yg sama..kalo win xp pakai microsoft ffice buat kerja2 atau dokumen, kt Ubuntu dan kebanyaakan Linux guna Open Office.

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 2, 2008 @ 5:22 am |Balas

  6. boleh saya tahu bagaimana memulakan penggunaan wayarles untuk beberapa komputer di rumah. tanpa menggunakan 1515 atau stremix atau broadband

    Komen oleh rose — April 6, 2008 @ 12:23 am |Balas

  7. boleh saya tahu bagaimana memulakan penggunaan wayarles untuk beberapa komputer di rumah. tanpa menggunakan 1515 atau stremix atau broadband. kos bagaimana? setiap bulan ke? langganan ke?

    Komen oleh rose — April 6, 2008 @ 12:24 am |Balas

  8. maksud rose, nak buat connection antara pc dengan pc yer? rasenye dalam artikel Lan dan kongsi fail ini dah diterangkan kot. untuk hardware perlu ada LAN cable, router atau lan hub.mengenai kos,langganan, saya tidak pasti..boleh jelaskan keinginan saudari? saya kurg faham rasenye mungkin saudari ingin berkongsi connection internet melalui satu sumber ke pelbagai komputer, kan? jadi mungkin perlukan hub sahaja sudah cukup dan mungkin router sebagai tambahan

    Komen oleh Idris Yussof — April 6, 2008 @ 4:38 am |Balas

  9. bro,sy try,dia kata not a valid driver .inf file.
    kenapa ek?

    Komen oleh kaizen — Julai 17, 2008 @ 4:58 pm |Balas

  10. #kaizen

    Mengapa ye?boleh jelaskan apa yg berlaku sebenarnya?

    Komen oleh Idris Yussof — Oktober 11, 2008 @ 5:47 am |Balas

  11. i think this is some copy-paste work from Ubuntu community. Btw, Ubuntu doesn’t included ndiswrapper in it’s package. Need to apt-get it from internet. So how the hell did you get the package when u were given a pc without wireless driver to connect to internet.😛

    one more thing, this documentation lacked in many aspects. E.g, do you really know that ur OS have detected you wireless?? Many peoples forgot to do lsusb and keep posting the same problems on ubuntu community.

    Komen oleh linux_user_frm_K15 — November 17, 2008 @ 1:50 am |Balas

  12. #linux_user_frm_K15

    FYI, this is not copy paste but a referring works has been done here. and another thing, i said its not a copy-paste work bcoz, i had the ndiswrapper package myself.this tutorial or entry is juz part of my aim to enhance the understanding of ubuntu user who want their problem to be addressed in Malay language. I, myself hv tried this method, so i didnt copy it blindly. although this documentation may be lacked in many aspects, do you thing that the one from ubuntu documentation is perfect??is there any perfect operating system? is ubuntu never had a bug? is the developer of linux always know ALL the errors that will be experienced by the user once they release the OS?
    So feel free to at least give credit or support my works. i didnt copy it according to my own selfishness. sorry to be emotional, but ur accusation is a bit annoying and furthermore its not true.

    Komen oleh Idris Yussof — Disember 6, 2008 @ 3:08 am |Balas

  13. Such a refreshing change to find some decent content for once, I
    was getting sick of the absolute drivel I
    find on a daily basis, thanks.

    Komen oleh Shoe Insoles — Ogos 30, 2012 @ 12:08 pm |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: