SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Februari 7, 2008

Tukar CD-ROM anda kepada DVD-ROM

Filed under: Dunia Teknologi,Ingin Tahu...,komputer — by Idris Yussof @ 5:50 pm
Tags: , , ,

Sesiapa yg tidak berkesempatan untuk membeli DVD-ROM untuk komputer meja masing, mereka tidak perlu risau dan tidak perlu menambah wang untuk membelinya. Ini kerana, jika komputer anda, telah mempunyai drive CD-ROM tersedia, anda boleh menjadikannya DVD-ROM, dengan sedikit pengubahsuaian. Sebelum ini, mungkin drive CD-ROM anda boleh membaca CD sahaja, setelah melakukan pengubahsuaian, drive anda mampu untuk membaca DVD-Video pula. Bukankah sangat berguna? DVD yg anda beli boleh dipasang di PC lama anda tanpa perlu risau jikapemain DVD anda rosak.

Ok.Untuk memudahkan kefahaman, anda perlu tahu bagaimana ia berlaku.

Trek pitch CD adalah 1.6 microns, dan Trek pitch DVD hanyalah 0.8 microns. Kepanjangan minima laluan lubang CDs adalah 0.843mm, dan kepanjangan minima lubang DVD adalah 0.293mm. Itulah sebabnya cakera DVD dapat menampung banyak data yang lebih dalam saiz satu Cakera.

Dengan situasi yg diberikan, anda perlu melakukan penyesuaian pada kepala laser. Kepala laser ini amat penting, kerana laser ini yg akan membaca sebarang data tertulis pada cakera yg anda masukkan dalam CD-ROM drive anda. Kepala laser ini harus diubahsuai supaya laser tersebut boleh membaca cakera yg mempunyai trek pitch yg lebih kecil dan laluan lubang yg lebih pendek.

Maka, di mana pula kepala lasernya? Kepala laser boleh didapati apabila anda membuka CD-ROM tersebut. Jika ternampak satu kanta di laluan seperti landasan itu, itulah kepala lasernya. Di bahagian sisinya, jika diperhatikan, ada skru yg perlu dilaras. Pulaskan atau longgarkan skru lebih kurang 2-3 putaran. Tetapi mungkin putaran berbeza kerana perlu guna kaedah cubajaya. Pastikan pancaran laser akan menjadi kurang dari 0.293mm.

Sumber asal : Haklabs

13 Komen »

  1. biar betik!
    trik ni boleh guna gak ke kat cd-rewiter?
    nanT cuba

    Komen oleh MakLaN — Februari 7, 2008 @ 6:04 pm |Balas

  2. haku pn tidak pasti..tidak pernah cube..tp mgkn boleh kot..sebab cd-rom ngn cd writer ade sket persamaan…tp xleh nk confirm la..sbb aku pn lom cube lagi…ade satu cd-rom drive yg xgune lg..nanti try la kot..kalo ko dah try, bg sket komen la..xpn mase nk buat tu rakamla, then post kt youtube, pastu letak kt entri blog kamu..yah, trimas..

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 8, 2008 @ 3:09 am |Balas

  3. betul ke nie/?
    xder cd-rom lame lar…kalu x aku dh try dah..

    Komen oleh amirfazwan — Februari 8, 2008 @ 10:37 am |Balas

  4. hamba pn belom cuba..hamba ada kelapangan, hamba try la..hehehe

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 8, 2008 @ 12:02 pm |Balas

  5. Uishh..!!! Biar betul..!! Aku baru terpikir nak beli dvd-rom.. Tapi kalau kena buat adjust2 camni, better aku beli jer..

    Errkk..!! Ko sendiri pon tak penah cuba lagi..!! SASPEN..!!!

    Komen oleh Rizwan — Februari 8, 2008 @ 4:10 pm |Balas

  6. hahaha..saspen kan..tp aku nk try gak la..rizwan, drp ko beli dvd-rom baing angkat dvd writer terus..

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 8, 2008 @ 5:22 pm |Balas

  7. Yeay yeah, nak cuba… Yeahhhh

    Komen oleh Azhar Ahmad — Februari 8, 2008 @ 7:16 pm |Balas

  8. […] sila baca lanjut kat sini […]

    Ping balik oleh Micron « hardyweb:perjalanan hidupku™ — Februari 9, 2008 @ 3:07 am |Balas

  9. sila cuba..jika sudah cuba, beri sedikit ulasan di bahagian komen blog ini, atau buat entry di blog anda..aku tiada kesempatan lg. kalau boleh, rakamkan detik2 kejayaan anda

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 9, 2008 @ 3:24 am |Balas

  10. seperti biasa . aku teruja dengan artikel dalam nih .. aku buka cdrom LG dan Samsung 52x . malangnya screw yang diceritakan dalam video tu tak ada.. so aku tak boleh buat apa apa untuk mengubah setting seperti yang dicanangkan.

    Komen oleh adi — Februari 9, 2008 @ 3:50 am |Balas

  11. oh..yeke..cube ko tgk dalam artikel asal Haklabs, kt situ lebih detail..kt sini aku bg cm kire news jek. yg sebenar tak try lg.tp rasenye ko silap tgk, dia pakai cd-rom drive version lain sikit.

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 9, 2008 @ 6:11 am |Balas

  12. Wah tips menarik nie…
    Boleh digunakan ni..

    Komen oleh zool — Mac 5, 2008 @ 4:36 am |Balas

  13. alamak susahnya bro nak wat sendiri
    beli ja la DVD-rom driver
    baru berapa ja
    heheh

    Komen oleh FareeD — Mac 8, 2008 @ 2:24 pm |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: