SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Februari 10, 2008

IE Tab – penyelesaian kepada laman web yg hanya menyokong Internet Explorer.

Sebahagian dari laman web yg kita layari dari sehari-hari meggunakan enjin Internet Explorer dalam memaparkan isi kandungannya tetapi kebanyakannya menggunakan enjin Mozilla.Dan sebahagian besar pengguna internet yg rajin melayari internet pula menggunakan aplikasi Mozilla Firefox dalam pelayarannya. Contohnya, jika anda menggunakan sistem operasi Windows samaada Win 2000, XP, Vista dan lain-lain, anda mungkin ingin mendapatkan bantuan penyelesaian masalah dari laman web Microsoft. Tetapi masalahnya, anda tidak mahu membuka pelayar yg banyak(IE dan Mozilla) dalam menyelesaikan masalah anda.

Contohnya, jika anda pernah melawat laman muaturun blogspot yg boleh digunakan untuk memuaturun mp3 melayu, di laman tersebut ada dinyatakan bahawa Internet Explorer adalah pelayar yg sesuai untuk memaparkan laman web tersebut. Selain itu, pengguna windows teruamanya mungkin ingin melayari laman web Microsoft update memerlukan pengguna internet menggunakan IE, jadi IE Tab ini amat membantu.

ie-setting.png
Laman web Muaturun yg menggunakan enjin IE dengan IE Tab di Mozilla Firefox
(Klik pada imej untuk lihat imej yg lebih besar)

Langkahnya cukup mudah, ini kerana IE Tab merupakan sebahagian dari tambahan atau add-on dalam firefox. Sila pergi ke dalam laman web ini, kemudian muat turun failIE Tab dari lamantersebut dengan menekan butang hijau. Kemudian, satu tetingkap akan eluar, meminta anda pasangkan plugin IE Tab tersebut. Klik pada butang Install. Setelah selesai, anda hanya perlu tutup dan buka semula Firefox supaya IE Tab dapat diaktifkan.
Cara kedua adalah dengan memuaturun fail pemasang ini atau dapatkannya di laman web ini. Kemudian, anda hanya perlu, tarik-dan-lepas (drag and drop) fail .xpi tersebut ke dalam Mozilla Firefox yg telah dibuka. Seterusnya, prosedur pemasangan sama seperti langkah di atas.
Untuk sebarang perubahan ketetapan (setting), sila lihat pada penjuru bawah, di sebelah kanan pelayar Mozilla anda. Anda boleh mencuba untuk mengubahnya dengan klik menggunakan butang kanan atau kiri tetikus anda. Jadi, laman web berenjin IE sedia dipaparkan di Firefox.

6 Komen »

  1. Oh, tapi performance dia ok tak?..

    Komen oleh Azhar Ahmad — Februari 11, 2008 @ 3:32 am |Balas

  2. performance dia ok jek. cume mase kita klik kt icon bwk kanan sekali tu, dia cam lagging beberapa second jap..tp pastu ok la..

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 11, 2008 @ 7:49 am |Balas

  3. aku rasa lain sket blog ni ari ni..tukar template ek…hehe

    btw, ni bleh guna dlm ubuntu x??

    Komen oleh melayubuntu — Februari 12, 2008 @ 8:44 am |Balas

  4. malangnye, ia tidak disokong di Ubuntu..oleh itu, untuk guna gak, yg aku terbaca,kene install ie4linux dulu..then baru leh pakai ie tab.ehm, yah..baru tukar template..terasa bosanla pulakmngn templat lama.

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 13, 2008 @ 5:13 pm |Balas

  5. Banyak info berguna tapi saya taktau nk komen. hehe. maaf!

    Komen oleh penumpang mara liner — Februari 19, 2008 @ 3:00 pm |Balas

  6. takpe..terima kasih atas lawatan..

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 20, 2008 @ 8:12 am |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: