SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

April 13, 2008

Sekat akses laman web tidak dikehendaki

Selalunya, pengguna internet di rumah kini boleh mengakses internet dari semua laman yg wujud di dunia ini. Bagi ibu bapa yg risaukan anak-anak atau anda sendiri runsing apabila diri anda terakses secara sengaja atau tidak laman-laman web yg tidak dikehendaki, ada beberapa cara yg boleh dibuat. Sekatan ini amat mudah dan tidak memerlukan anda memasang apa-apa aplikasi tertentu supaya dapat menapis laman-laman web tersebut.

Apa yg diperlukan anda ialah alamat laman web yg tidak anda kehendaki supaya anda dapat sekat terus laman tersebut dari diakses. Semua pelayar sama ada Internet Explorer mahupun Mozilla Firefox boleh menggunakan kaedah ini seagi sistem operasi yg anda gunakan adalah Windows XP atau Windows yang lain.

Langkah pertama ialah anda klik pada Start Menu pada taskbar, kemudian anda klik pada pilihan Run. Kemudian anda perlu taipkan teks ini pada kotak Run tersebut:

notepad c:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts

Jika anda malas menaip, salin dan letak dalam kotak run teks di atas ini. Tekan Enter.

Langkah kedua, setelah satu tetingkap iaitu tetingkap notepad keluar, anda perlu pergi pada baris terakhir fail tersebut. Tekan enter dan tambah teks ini dibawah. Contohnya jika anda ingin sekat laman friendster, ini caranya.

127.0.0.1 friendster.com

Simpan fail tersebut dan keluar.  Selepas ini laman tersebut tidak lagi boleh diakses di komputer anda. Jika anda ingin dapatkan kembali akses ke laman yg disekat td, anda hanya perlu lakukan langkah pertama dan buang alamat laman tersebut dari fail tersebut dan simpan.

Ia sangat mudah dan cepat. Anda boleh cuba dan beri komen.

Sumber asal: Digital Inspiration

22 Komen »

  1. Saya sokong sangat2

    Komen oleh Azhar Ahmad — April 13, 2008 @ 2:06 pm |Balas

  2. terima kasih

    Komen oleh Idris Yussof — April 16, 2008 @ 3:02 am |Balas

  3. bro saya mau tau, template ni boleh masuk kat blogspot x.

    Komen oleh rizalmat — Mei 8, 2008 @ 11:08 am |Balas

  4. bro rizalmat, saya tak pasti la. tp mungkin boleh jika bro rizalmat guna domain sendiri dan berbayar. kalau templat dari blogspot sendiri mungkin tiada kot. anyway thanx sebab masih melawat page saya.

    Komen oleh Idris Yussof — Mei 17, 2008 @ 6:18 am |Balas

  5. Somehow i missed the point. Probably lost in translation🙂 Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Molecular.

    Komen oleh Molecular — Jun 19, 2008 @ 1:38 am |Balas

  6. #molecular
    olrite mate..thanx 4 nice comments..

    Cheers.
    -Senyuman-

    Komen oleh Idris Yussof — Julai 9, 2008 @ 8:51 am |Balas

  7. Ah, syukur jugalah dapat tips begini ini. Saya hendak pasangkan pula komputer utk adik saya yang masih 12 tahun di kampung. Sekedar tindakan preventif utk mencegah, tips ini boleh dipakai.

    Terimakasih lho. Salam dari Aceh🙂

    Komen oleh alex® — Julai 31, 2008 @ 12:56 am |Balas

  8. salam…
    saya dah cuba cara ni tapi tak dapat lah …saya tak pasti kenapa..

    Komen oleh mazita — September 21, 2008 @ 4:04 am |Balas

  9. #alex®,

    Sama-sama alex.

    #mazita,

    boleh saudari jelaskan kenapa tak menjadi? bahagian mana yg tidak berjaya?

    Komen oleh Idris Yussof — September 27, 2008 @ 3:40 am |Balas

  10. If u want software that are free to filter internet there is one ..good one and not streamyx RM5 per month hehe…shuh go away here the link http://www1.k9webprotection.com/ ..this i already tested on vista and xp . Guess what work perfectly !
    Selamat mencuba !

    Komen oleh Nik — November 10, 2008 @ 9:11 pm |Balas

  11. #Nik
    Thanks Nik

    Komen oleh Idris Yussof — Disember 6, 2008 @ 3:09 am |Balas

  12. tak jadi pon !!!!………..

    Komen oleh tak jadi — Disember 18, 2008 @ 7:00 am |Balas

  13. thanks 4 da info..bgus ni..

    Komen oleh skid — Julai 27, 2009 @ 11:48 am |Balas

  14. sekarang saya pakai windows7 bagaimana caranya nak sekat facebook? sebab saya ada bagi laptop ngan anak buah untuk dia memudahkan keje sekolah. tapi setiap saya datang kerumahnye sering kali dia buka facebook. saya kuatir bila dah buka facebook semua keje rumah dan keje sekolah terabai

    Komen oleh ali — Ogos 8, 2010 @ 1:58 pm |Balas

  15. Salam.. Sy pn nk tau mcm mana nk sekat facebook kt kmptr rumah sy. Klu kta da buat sekatan tu, mknanya, walau apa jua pn cara kta bkak intrnt, knfm xleh surf ke? Cnthnya mozila, google chrome n intrnt explorer. Adakah dgn mlakukn cara di ats, scr xlansung fb tdak akn dpt diakses trus?

    -mohon jwpn

    Komen oleh Ana imtiyaz — September 17, 2010 @ 1:26 am |Balas

  16. tak jadi pon…

    Komen oleh Fikri — Januari 22, 2011 @ 11:17 am |Balas

  17. tq for the good info. saya dah try.. berjaya.. tetapi, jika dicari melalui search engine, website tersebut masih juga dapat dilihat. jadi, bagaimana nak sekat terus website sebegitu. saya nak sekat youtube sebenarnya.

    Komen oleh ina — Januari 24, 2011 @ 5:08 pm |Balas

  18. Incredible! This blog looks exactly like my old one!
    It’s on a completely different topic but it has pretty much the same layout and design. Outstanding choice of colors!

    Komen oleh sexiest blog — Januari 6, 2013 @ 12:35 pm |Balas

  19. gune je fb limiter

    Komen oleh eyie90 — Mac 7, 2013 @ 8:24 am |Balas

  20. Great blog here! Also your website loads up fast!
    What web host are you using? Can I get your affiliate link
    to your host? I wish my web site loaded up as fast as yours
    lol

    Komen oleh Sonja — Februari 14, 2014 @ 8:08 am |Balas

  21. Everything is very open with a precise explanation of the issues.
    It was really informative. Your site is extremely helpful. Many thanks
    for sharing!

    Komen oleh Subway Surfers cheats ios — Julai 26, 2014 @ 7:24 pm |Balas

  22. I’ll immediately clutch your rss as I can’t in finding your email subscription link or e-newsletter service. Do you’ve any? Kindly permit me know so that I may just subscribe. Thanks.|

    Komen oleh Paulita Chochrek — Julai 7, 2015 @ 6:39 pm |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: