SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Mei 18, 2008

Betulkan Pelarasan Masa dalam Sarikata dengan Subtool

Filed under: Ingin Tahu...,Windows — by Idris Yussof @ 5:07 am
Tags: , , , , ,

Sebelum dimulakan, pemilik blog ini meminta maaf kerana tidak mengemaskini blog ini dalam tempoh yg terlalu lama kerana sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan.

Bagi peminat tegar siri tv atau filem terutamanya dari jepun dan inggeris pasti selalu menggunakan khidmat sarikata atau dikenali subtitle dalam bahasa Inggeris. Subtitle itu boleh didatangkan dalam format yg pelbagai tetapi yg paling popular ialah format subrip iaitu srt. Selain itu sarikata juga terdiri dari format lain iaitu, idx, sub, smi, ssf and usf.

Selalunya, bagi mereka yg mendapatkan sebarang video filem atau siri tv dengan cara memuatturun dari internet, ia tidak didatangkan dengan sarikata. Jadi bagi video inggeris, sumbernya boleh didapati dari Subscene, yg menyenaraikan pelbagai jenis sarikata untuk pelbagai filem dan siri tv. Namun di sebalik itu, kadangkala sarikata yg dimuatnaik itu tidak selaras atau segerak dengan percakapan dalam filem atau siri tv yg ditonton. Ini memberi masalah kepada penonton untuk mengikuti perjalanan cerita dengan baik.

Tetapi, masalah ini dapat diatasi dengan menyegerakkan atau synchronize sarikata tersebut. Subtool, satu perisian yg dapat menjalankan tugas-tugas tersebut. Dalam perisian ini, sarikata boleh dicepatkan atau dilambatkan supaya ia sama dengan percakapan dalam cerita yg ditonton. Untuk mengetahui perbezaan masa ia lambat atau cepat, gunakan perisian pemain video yg boleh dilaras kecepatan/kelambatan sarikata seperti Jetaudio. Dengan itu, kita boleh mengetahui kadar lambat/cepat sarikata itu berada dan kemudian boleh dilaras dengan Subtool.

Aplikasi untuk menyegerakkan sarikata - Subtool

Aplikasi untuk menyegerakkan sarikata video – Subtool.

Kelemahan Subtool pula ialah, ia hanya menyokong dua format iaitu subrip dan juga microdvd (srt dan sub). Walaubagaimanapun, ia amat membantu dan membuatkan tontonan lebih bermakna. Untuk memuaturun aplikasi ini, sila klik di sini. Perisian ini boleh terus diguna tanpa proses pemasangan dilakukan kerana failnya bersaiz kecil.Selamat mencuba.

6 Komen »

  1. uiks idris~ remember me? alep neh? igt x? hehe…saje dtg melawat…hehe

    Komen oleh ' sLay — Jun 27, 2008 @ 6:51 pm |Balas

  2. ermm..bleh x tunjuk tutorial cne nk gnkn subtool 2 n cne nk msukkan subtitle ke dlm format avi..kte newbie..plzzz

    Komen oleh kunyit — September 23, 2008 @ 4:38 am |Balas

  3. #’slay,
    ingt alep…rajin2 la melawat blog yg xberapa ni.

    #kunyit,

    anda boleh rujuk entri saya tentang subtitle –> di sini. scr ringkas, fail subtitle dan fail avi, dua fail berbeza dgn nama yg sama di letak di folder yg sama.

    Komen oleh Idris Yussof — September 27, 2008 @ 3:50 am |Balas

  4. nice blog~

    Komen oleh Laila — Disember 18, 2008 @ 2:59 pm |Balas

  5. nice blog

    Komen oleh Laila — Disember 18, 2008 @ 2:59 pm |Balas

  6. nice

    Komen oleh brutalsolo — Ogos 26, 2010 @ 3:50 am |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: