SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Julai 9, 2008

Komputer DNA – Pengkomputeran Masa depan

Seorang saintis dan juga profesor University of Southern California, Leonard Max Adleman, telah mencetuskan satu perkembangan menarik dalam dunia pengkomputeran. Beliau telah menjadi pencetus kepada kajian mendalam mengenai DNA komputer, atau pengkomputeran melalui DNA berbanding cara tradisional iaitu dengan litar elektronik yg membentuk litar kompleks sehingga menghasilkan suatu komputer yg dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan.

Adleman telah berjaya membuat demonstrasikonsep pengkomputeran dari DNA, yg mana dapat menyelesaikan 7-titik masalah laluan Hamilthon. Kemudian, pada 2002, sekumpulan penyelidik Israel dari Weizmann Institute of Science telah menyambung penyelidikan DNA komputer dan memperkenalkan satu jenis komputer, yg boleh melakukan 330 trillion operasi per saat yg mana adalah 100 000 kali lebih laju daripada komputer peribadi yg terlaju. Ia juga boleh dikenal sebagai komputer biologikal. Penyelidikan pakar saintis ini juga melibatkan enzim selain DNA.

Secara teori, DNA boleh dianggap sebagai perisian dan enzim sebagai perkakasnya. Kedua-dua bahan ini dimasukkan dan diuji dalam tiub ujian. Segala proses yg berlaku iaitu sebarang tindak balas kimia menghasilkan sesuatu benda baru. Operasi itu mungkin menghasilkan jawapan kepada apa masalah yg ingin diselesaikan. DNA ini boleh diprogramkan, sama seperti mikropemproses yg diprogramkan untuk menjalankan arahan yg telah diberi. Cuma, kaedah DNA tidak universal, kerana masih banyak kelemahan yg boleh diperbaiki dan kelebihan yg boleh diterokai.

Pakar berkata, potensi untuk pengkomputeran molekular melalui DNA komputer ini mempunyai masa depan yg cerah dengan kemampuan yg tinggi kerana DNA mempunyai kemampuan menyimpan maklumat sangat besar, iaitu lebih besar berkali-kali ganda berbanding komputer biasa. Dari sudut kelajuan pun, DNA komputer melangkaui komputer konvensional. Ini menjadikan DNA komputer lebih efisien kerana kemampuannya itu.

Tiga tahun selepas eksperimen Adleman, get logik daripada DNA telah dibangunkan oleh penyelidik dari University of Rochester. Get-get logik ini menukarkan kod binari kepada suatu siri isyarat yg digunakan oleh komputer untuk melakukan operasi yg dikehendaki. Ketika ini, get logik menukar isyarat input dari transistor silikon, kepada isyarat output yg boleh melakukan operasi kompleks. Melihat kepada konsep pengkomputeran DNA, bebenang/lembaran DNA mampu melakukan operasi perkiraan yg amat pantas, di mana ia mampu menghasilakan berbilion jawapan yg berpotensi serentak. Ini menyebabkan DNA komputer amat sesuai untuk menyelesaikan masalah “logik fuzzi”, yg menunjukkan pelbagai kemungkinan penyelesaian. Walaubagaimanapun, ia masih di tahap kajian, kerana ia tidak begitu praktikal untuk dibina kerana keadaan molekul itu sendiri seperti sesuatu bahan organik dan bendalir.

Namun, kebolehannya untuk menjadi suatu pelapis dunia pengkomputeran boleh lagi diakui. Ini kerana saintis atau penyelidik telah mencipta MAYA-I dan MAYA-II yg dibangunkan oleh Milan Stojanovic, dari Columbia University di New York, dan Darko Stefanovic, dari University of New Mexico di Albuquerque. Mungkin DNA komputer tidak berfungsi dengan kebolehan seperti penulisan pada perisian pemproses kata, pembuatan e-mel dan permainan komputer. Tetapi mungkin kemampuan pengiraan yg tinggi ini dapat digunakan  oleh kerajaan sesebuah negara untuk meretakkan/mecari kod rahsia atau sesbuah penerbangan yg mehu mencari laluan penerbangan yg paling efisien bg mereka. Penyelidikan DNA komputer ini memungkinkan kecendeungan untuk kita memahami lebih lanjut tentang komputer yg paling kompleks – Otak Manusia.

MAYA-II menjadikan usaha untuk menjadikan sistem komputer lebih pantas, efisien dan semakin kecil tidak terpadam. MAYA-II terdiri daripada 9 tabung uji (seperti perigi) sel kultur yg disusun dalam satu corak seperti grid dalam permainan tic-tac-toe. Setiap tabung mengandungi suatu sebatian material DNA yg dikodkan dengan dye fluoresen berwarna merah dan hijau .

Tetapi, jika DNA komputer tidak menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya ia mempunyai tugas yg lebih besar iaitu sebagai komponen dalam bidang perubatan. Sebahagian saintis meramalkan, pada masa hadapan, mungkin akan dipantau oleh DNA komputer yg amat kecil dan halus, di mana ia memantau dan memasstikan kesihatan kita terjamin. DNA komputer juga bakal mampu melepaskan ubat atau bahan kimia yg sesuai untuk membaiki tisu yg rosak atau yg tidak sihat. Doktor akan datang juga mungkin hanya perlu menyuntik berjuta-juta peranti (DNA komputer) pada badan pesakit. Komputer ini bertujuan untuk mengenalpasti sebarang tanda-tanda kanser dengan memantau kepekatan sesuatu molekul dalam badan manusia. Bahan kimia dari DNA komputer juga sejenis bahan yg boleh bertindak sendiri(autonamous) tanpa memerlukan sebarang penyeliaan. Jadi dunia perubaan atau kesihatan akan lebih maju, dan lebih ramai akan mendapat manfaat dari perkembangan itu.

Jadi kesimpulannya, kita boleh merumuskan bahawa ada beberapa kelebihan DNA komputer berbanding silikon yg konvensional.

  • Selagia ada organisma-organisme selular, bekalan DNA sentiasa ada.
  • Bekalan DNA yg sangat banyak menyebabkan DNA sebagau menjimatkan sumber asli.
  • DNA biochip dibuat dengan halal dan bersih.
  • DNA komputer jauh lebih kecil berbanding silikon

Kredit sumber:

3 Komen »

  1. do you know any information about this in english?

    Komen oleh londra — Ogos 4, 2008 @ 10:19 pm |Balas

  2. Mr./Ms Londra..

    yes. I got this information from english sites and I have give them credits..look at the bottom of my entry..

    http://news.bbc.co.uk/2/hi/science/nature/370035.stm
    http://computer.howstuffworks.com/dna-computer2.htm
    http://en.wikipedia.org/wiki/DNA_computing
    http://news.nationalgeographic.com/news/2003/02/0224_030224_DNAcomputer.html

    Komen oleh senyuman — Ogos 6, 2008 @ 4:22 pm |Balas

  3. emm DNA computng.. satu tajuk yang menarik bagi K…
    tak ingat siapa yang mengatakan kepada K tentang ini.

    mungkin K akan buat satu tajuk pasal DNA ini juga dan laman ini menjadi satu antara laman yang menjadi rujukan🙂

    Komen oleh TMUkmkd — Mac 24, 2009 @ 1:54 pm |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: