SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Julai 9, 2008

Komputer DNA – Pengkomputeran Masa depan

Seorang saintis dan juga profesor University of Southern California, Leonard Max Adleman, telah mencetuskan satu perkembangan menarik dalam dunia pengkomputeran. Beliau telah menjadi pencetus kepada kajian mendalam mengenai DNA komputer, atau pengkomputeran melalui DNA berbanding cara tradisional iaitu dengan litar elektronik yg membentuk litar kompleks sehingga menghasilkan suatu komputer yg dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan.

Adleman telah berjaya membuat demonstrasikonsep pengkomputeran dari DNA, yg mana dapat menyelesaikan 7-titik masalah laluan Hamilthon. Kemudian, pada 2002, sekumpulan penyelidik Israel dari Weizmann Institute of Science telah menyambung penyelidikan DNA komputer dan memperkenalkan satu jenis komputer, yg boleh melakukan 330 trillion operasi per saat yg mana adalah 100 000 kali lebih laju daripada komputer peribadi yg terlaju. Ia juga boleh dikenal sebagai komputer biologikal. Penyelidikan pakar saintis ini juga melibatkan enzim selain DNA.

(more…)

Advertisements

Februari 9, 2008

Tinggalkan Meebo dan ucapkan Selamat Datang kepada YM di web

meebo.png

Ada pengguna Yahoo Messenger suka menggunakan aplikasi tersebut terus melalui web. Antara sebabnya ialah di pejabat mereka, tidak dibenarkan memasang aplikasi Yahoo Messenger di komputer pejabat. Jadi, mereka ini telah biasa menggunakan laman web meebo sebagai pangkalan bersembang dengan rakan-rakan di internet.

Namun dari pengalaman yg telah saya lalui, penggunaan Meebo tidak seronok dan kurang kepuasannya. Ini kerana antaramukanya yg tidak setara dengan Yahoo Messenger yg asal. Kelebihannya cuma pada jenis platform yg boleh digunakan dalam laman ini iaitu termasuk google talk, msn dan aim selain Yahoo Messenger itu sendiri. Dengan itu, pelbagai kelebihan yg terdapat pada Yahoo Messenger asal tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

(more…)

Februari 5, 2008

Tune Broadband

AirAsia, Tune Hotel dan kini muncul pula Tune Money. Ketiga-tiga produk @ perkhidmatan ini banyak membawa pembaharuan dalam dunia perniagaan atau perkhidmatan di rantau ini.Yg pasti, semua orang Malaysia termasuk TKI(Tenaga Kerja Indonesia) yg menetap di sini sedar akan kewujudan AirAsia sebagai perkhidmatan tambang murah bg kapal terbang. Jadi kepada yg cepat membuat tempahan atas talian, harganya kadang-kadang hanya RM0.99(tidak termasuk cukai). Walaupun tidak termasuk cukai, ini sudah cukup berbaloi dan amat murah. Tambahan pula, jika dibandingkan dengan menaiki bas, dengan harga yg ditawarkan, masa dan tenaga dan juga mungkin wang dapat dijimatkan bila menaiki AirAsia ini. Slogan ini dikira amat berkesan,mahal dan sesuai sekali untuk AirAsia iaitu

Sekarang semua orang boleh terbang

Dengan slogan itu, penerbangan AirAsia telah membawa lebih kurang 33 juta penumpang sejak beroperasi. Ini merupakan sesuatu yg patut dibanggakan Dato’ Tony Fernandes, seorang usahawan yang pernah berkecimpung dalam dunia perniagaan dalam industri hiburan di mana beliau adalah sebahagian keluarga Warner Music Group.

(more…)

Januari 16, 2008

Google – Bukan sekadar enjin carian

Pengguna yg selalu melayari internet pasti tahu mengenai Google. Paling kurang pun, anda tahu ianya digunakan sebagai enjin carian di pelayar web. Dan bagi yg rajin mencari sumber informasi di internet, Google bukan sekadar enjin carian web, malah ianya juga adalah enjin carian imej, blog, kewangan, peta, carian berita dan bermacam lagi. Bukan itu sahaja, Google yg telah mendapat tapak yg kukuh dalam industri web atau internet telah melebarkan sayapnya kepada impian yg lebih besar dan nyata. Pengguna internet dan blogger tegar pasti kenal dengan pelbagai aplikasi yg Google telah lancarkan dan terus membangun sistem perkakasan dan perisian.

Bagi blogger atau pengguna internet yg mencari keuntungan melalui internet, pasti mereka memerlukan sistem pengiklanan di laman web masing-masing. Jadi Google Adsense juga antara carauntuk menambah pendapatan atas talian selain dari nuffnang, advertlets dan banyak lagi. Google juga mempunyai perkhidmatan emelnya sendiri iaitu Gmail.

Jikalau dilihat pada laman wikipedia, Google adalah satu jenama yg amat kukuh dan mempunyai rangkaian yg amat besar. Produk yg dihasilkan dan juga mendapat kerjasama dari Google adalah dari pelbagai sudut dan bidang, tidak semestinya berkaitan dengan dunia web dan internet.

(more…)

Disember 17, 2007

Projektor lebih kecil dari ibu jari anda

large-lasersedge.jpg

MicroVision  dan  Motorola kini berganding bahu dalam usaha menghasilkan projektor yg sangat kecil ke dalam telefon bimbit prototaipnya. Microvision yg terlibat secara langsung dalam penyelidikan laser, paparan imej dan teknologi imbasan telah berjaya menghasilkan enjin paparan Picop yg mampu memaparkan paparan dari projektor bersaiz nano.

 main_embed.jpg

(more…)

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.