SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Disember 13, 2007

Benarkah TMNet = TMNut kerana ianya paling lambat?


Streamyx Sucks

TMNet sekarang telah memiliki pengkritik dan pembenci yg ramai, berdasarkan kepada apa yg terdapat pd beberapa sepanduk di atas dan sepanduk lain yg boleh didapati di sini.Terdapat juga pelbagai blog, forum dan cara lainyg ditunjukkan oleh pengguna jalur lebar ini sehingga wujud projek untuk menggesa TMNet meningkatkan taraf perkhidmatan kpd pelanggan-pelanggannya. Ini kerana TMNet merupakan pembekal perkhidmatan internet (ISP) terbesar di Malaysia.

Suara-suara ketidakpuashatian yg kedengaran juga menyebabkan wujudnya komuniti yg diajak sesama komuniti maya untuk sama-sama menyatakan sokongan dengan meletakkan imej ini di blog atau website masing-masing.

Kebanyakan pengguna jalur lebar di Malaysia adalah pengguna tegar internet sama ada untuk berblog, bersosial, bersembang,memuatturun, mencari bahan dan ilmu serta macam-macam lagi. Dan kebanyakannya tidak berpuashati dengan kelajuan internet kerana mereka rasa nilai kelajuan yg diuar-uarkan tidak sama dgn perkhidmatan yg merek telah bayar.

Jadi mungkin ada penyelesaiannya kerana ada ISP lain juga terdapat di Malaysia sebagai alternatif.

Advertisements

November 27, 2007

Senarai Perkhidmatan Simpanan Fail Atas Talian

Sebelum ini, soal perkongsian fail di internet telah dihuraikan serba sedikit. Kali ini, senarai laman web yg menyediakan perkhidmatan hosting dan penyimpanan fail atas talian akan dimuatkan di sini.

Sumber-sumber dirujuk dari laman ini.

Perkhidmatan Saiz Fail Had Muatturun Fail Jangka Hayat Fail

1

SendOver 2GB Tiada Had 7 Hari

2

MegaShares 1.5GB Tiada Had 25 Hari

3

SendSpace 1.2GB 100GB Had Muat Turun 14 Hari
 LebarJalur (Bandwidth) Fail

4

YouSendIt 1GB 25 Kali Muat turun 7 Hari

5

TransferBigFiles 1GB 20 Kali Muat turun 5 Hari

6

mooload 500MB Tiada Had 30 Hari

7

Uploading 500MB Tiada Had 30 Hari

8

zUpload 500MB Tiada Had 30 Hari

9

FileFactory 500MB Tiada Had 15 Hari

10

Spread-It 500MB Tiada Had 14 Hari

11

ShareBigFile 300MB Tiada Had 21 Hari

12

UpDownloadServer 250MB Tiada Had 9999 Hari

13

FileCache 250MB Tiada Had 31 Hari

14

MegaUpload 250MB Tiada Had 30 Hari

15

XtraFile 250MB Tiada Had 15 Hari

16

bonpoo 250MB Tiada Had 10 Hari

17

BIGfileupload 100MB Tiada Had 9999 Hari

18

Upload.Sc 100MB Tiada Had 9999 Hari

19

myShareBox 100MB Tiada Had 30 Hari

20

RapidShare 100MB Tiada Had 30 Hari

21

Store and Serve 100MB Tiada Had 30 Hari

22

TheUpload 100MB Tiada Had 30 Hari

23

zSHARE 100MB Tiada Had 10 Hari

24

Content-Type 100MB Tiada Had 7 Hari

25

Easy-Sharing 75MB Tiada Had 30 Hari

26

Turbo Upload 70MB Tiada Had 9999 Hari

27

FileHD 60MB Tiada Had 30 Hari

28

SaveFile 60MB Tiada Had 14 Hari

29

RapidSharing 50MB Tiada Had 60 Hari

30

FriendlyShare 50MB Tiada Had 30 Hari

31

UploadFront 50MB Tiada Had 30 Hari

32

UploadHut 50MB Tiada Had 30 Hari

33

UploadSend 50MB Tiada Had 30 Hari

34

Momoshare 50MB Tiada Had 15 Hari

35

SupaShare 50MB Tiada Had 14 Hari

Kebanyakannya hanya mampu memuatnaik 250MB dan ke bawah setiap sekali muat naik menggunakan pakej percuma. Jika ingin lebih, anda perlu membayarnya, tetapi MediaMax, yg tiada dalam senarai merupakan antara pilihan penyimpan atas talian yg baik kerana membenarkan penyimpanan sebanyak 2GB dengan berdaftar secara percuma.

* LebarJalur – jumlah data yang boleh dihantar melalui satu saluran komunikasi dalam masa yg diberi. Lebih besar lebarjalur, lebih cepat hubungan dan data dihantar.

November 9, 2007

Pelbagai cara memuat turun dan perkongsian melalui Internet.

Konsep perkongsian di internet sebenarnya telah bermula sejak tahun 80-an lagi. Usenet adalah antara salah satu peneroka dunia perkongsian di internet. Usenet, pada mulanya hanyalah sebagai suatu koleksi nota dan mesej/pesanan yg disampaikan pengguna internet ke pelayan (server) dengan menyentuh pelbagai topik dan subjek. Secara teknikalnya, suatu koleksi subjek atau mesej dan nota-nota yg dihantar di pelayan Usenet ini dikenali sebagai kumpulan-topik (newsgroup). Di dalam kumpulan-topik inilah boleh berlakunya pemindahan data binari yg digunakan dalam perkongsian fail. Gambar di bawah ini, boleh menerangkan serba sedikit mengenai konsep Usenet.

Untuk pemahaman lebih lanjut bagaimana USENET berfungsi dan membantu perkongsian fail dan data di internet dalam artikel saya yg akan datang. (more…)

Oktober 28, 2007

Terjemah Laman Internet ke Bahasa Melayu.

Pengguna internet yg bertutur dalam Bahasa Melayu pasti mengetahui bahawa kebanyakan maklumat dan informasi di internet kebanyakannya datang dari sumber berbahasa Inggeris. Bagi mereka yg tidak fasih berbahasa Inggeris atau tidak begitu mahir, merasakan penggunaan internet sebagai gerbang ilmu amat terbatas. Jika dilihat statistik laman-laman web berbahasa melayu juga kurang. Contohnya, Wikipedia, ketika ini hanya lebih kurang 24,000 artikel berbahasa Melayu sedangkan artikel berbahasa Inggeris hampir mencecah 3 juta.

Namunn, kini mereka yg kurang mahir dalam bahasa Inggeris tidak lagi perlu berasa gusar kerana penyelesaiannya sudah ada. Citcat adalah jawapannya. Citcat adalah laman penterjemahan yg berfungsi menterjemahkan sebarang teks dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan juga sebaliknya. Ia bukan seperti kamus atas talian kerana laman ini juga mampu berfungsi untuk meterjemahkan laman-laman web lain yg berasaskan html ke dalam bahasa Melayu. Jadi bagi mereka yg ingin dapatkan maklumat yg banyak sumbernya berbahasa Inggeris, penterjemahan ini amat membantu.

Namun begitu laman ini juga mempunyai kekurangan kerana ia menggunakan java sebagai sumber kod antaramukanya. Setakat ini, ia masih lagi baik untuk kegunaan Internet Explorer sahaja. Mungkin akan datang, laman ini berfungsi dengan baik di dalam Mozilla Firefox. Ketepatan penterjemahan teks juga masih lagi kurang, tetapi ia amat sesuai untuk kefahaman yg lebih mudah dalam bahasa Inggeris. Ia sesuai untuk pelajar-pelajar yg kurang mahir  dalam bahsa Inggeris walaupun penterjemahannya tidak tepat tetapi amat membantu.

Mereka yg berminat dan ingin mendapat manfaat bolehla berkunjung ke laman tersebut.

« Laman Sebelumnya

Create a free website or blog at WordPress.com.