SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Januari 16, 2008

Google – Bukan sekadar enjin carian

Pengguna yg selalu melayari internet pasti tahu mengenai Google. Paling kurang pun, anda tahu ianya digunakan sebagai enjin carian di pelayar web. Dan bagi yg rajin mencari sumber informasi di internet, Google bukan sekadar enjin carian web, malah ianya juga adalah enjin carian imej, blog, kewangan, peta, carian berita dan bermacam lagi. Bukan itu sahaja, Google yg telah mendapat tapak yg kukuh dalam industri web atau internet telah melebarkan sayapnya kepada impian yg lebih besar dan nyata. Pengguna internet dan blogger tegar pasti kenal dengan pelbagai aplikasi yg Google telah lancarkan dan terus membangun sistem perkakasan dan perisian.

Bagi blogger atau pengguna internet yg mencari keuntungan melalui internet, pasti mereka memerlukan sistem pengiklanan di laman web masing-masing. Jadi Google Adsense juga antara carauntuk menambah pendapatan atas talian selain dari nuffnang, advertlets dan banyak lagi. Google juga mempunyai perkhidmatan emelnya sendiri iaitu Gmail.

Jikalau dilihat pada laman wikipedia, Google adalah satu jenama yg amat kukuh dan mempunyai rangkaian yg amat besar. Produk yg dihasilkan dan juga mendapat kerjasama dari Google adalah dari pelbagai sudut dan bidang, tidak semestinya berkaitan dengan dunia web dan internet.

(more…)

Januari 15, 2008

GeexBox – Pusat Media Terbuka Tanpa Pemasangan

Anda mengalami situasi seperti ini?

Komputer anda tidak boleh di-boot ke dalam mana-mana sistem operasi sama ada WinXp/Vista atau Linux? Codec tidak mencukupi dan tiada pemasang sesuai untuk codec yg anda kehendaki kerana hubungan internet anda tiada?

Jangan risau, kerana GeexBox boleh membantu mengurangkan stres anda untuk mengakses video, muzik dan fail-fail hiburan dari cakera keras (Hard Disk) anda.

GeexBox Splash

Skrin Kilas ketika masuk ke sistem GeexBox

 

(more…)

Disember 30, 2007

Komputer Kecil Berkuasa Rendah –> Aleutia

Pernah anda bayangkan sebuah komputer peribadi, dijana oleh solar? Kini sebuah syarikat,Aleutia yg ditubuhkan di London pd tahun 2006 telah mengeluarkan sebuah komputer mini(Mini PC) yg hanya menggunakan kuasa serendah 8 Watt. Selain itu, ia mungkin juga boleh bersaing dengan Makcik PC :). Ia menggunakan panel solar untuk menjana kuasa pada komputer tersebut atau dengan bateri yg bertahan 14 jam.

e1index.png
Butiran Mengenai komputer dari Aleutia ini.

Ape yg menarik ialah, ia adalah mudah-alih, murah dan mempunyai spesifikasi hampir penuh seperti sebuah komputer meja lengkap. Ia sesuai digunakan oleh profesional seperti pekerja bantuan kecemasan, dan mereka yg sentiasa bergerak dan merantau. Mereka yg tidak profesional juga sesuai menggunakan komputer ini. Sebenarnya, ia direka untuk mereka di kawasan pedalaman Afrika, supaya mereka juga mampu belajar sesuatu mengenai komputer dan menggunakannya kerana mereka tidak perlu melalui proses pembelajaran untuk meggunakan komputer ini. (more…)

Disember 13, 2007

Akses Fail Linux dalam Windows

Kepada mereka yg tidak tahu, Linux dan Windows menggunakan sistem fail yg berbeza. Biasanya Windows yg sekarang Windows Vista dan Win XP menggunakan sistem fail NTFS manakala Linux menggunakan Ext3 atau Ext2. Secara umumnya jika anda biasa menggunakan Dual-booting antara Windows dan Linux anda mendapati kesukaran terutamanya ketika menggunakan Windows. Ini kerana anda tidak boleh mengakses fail anda di dalam Linux samaada Ubuntu, Mandriva, Red Hat ataupun Fedora.

Sekarang, satu perisian yg dikenali sebagai Linux Reader telah berkemampuan membaca bahagian (partition) Linux di dalam Windows.

(more…)

Disember 10, 2007

Ubuntu 7.10 dalam PS3

Jangan anggap sistem operasi hanya untuk komputer dan pelayan sahaja. Konsol permainan juga sekarang sudah dinaikkan taraf boleh dipasangkan dengan sistem operasi. Terbaru, menurut Softpedia, Ubuntu 7.10 yg berasaskan dari Linux boleh dipasang sebagai sistem operasi kedua setelah sistem operasi XMB di dalam permainan konsol PlayStation3(PS3).

Secara mudahnya, mereka yg berminat memainkan fail multimedia dalam PS3 dalam bentuk seperti apa yg ada dalam sesebuah komputer peribadi (PC) bolehlah memasang ubuntu dalam sistem PS3 mereka. Tetapi untuk mencapai kualiti yg menarik, pemilik PS3 haruslah mempunyai tv yg ada HDMI input supaya menghasilkan output yg berkualiti.

Seperti yg ramai tahu, PS3 menggunakan cakera blu-ray yg berdefinisi tinggi untuk konsolnya. Jadi kualiti gambar dan grafik adalah lebih baik berbanding sebelumnya iaitu PS2.

Dengan kemampuan ini, peminat konsol PS3 juga dapat menrasai dan menikmati pengalaman seperti mereka yg menggunakan komputer peribadi di rumah.Cuma mungkin tersapat beberapa kekurangan kerana ia tidak lengkap seperti sebuah PC sebenar. Namun apa salahnya mencuba.

Jadi untuk Langkah-demi Langkah cara pemasangan Ubuntu dalam PS3, boleh lawatii Softpedia atau Forum ebuyer atau Gamespot. Dan untuk mendapatkan fail .iso atau pemasangnya, boleh dimuatturun di sini.

Create a free website or blog at WordPress.com.