SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Pengumuman

Tunggu saya kembali semula

Sekarang ini setelah melalui satu semester yg amat sibuk, saya akan melalui peperiksaan akhir yg mengambil masa lebih kurang dua minggu. Jadi, saya masih lagi tidak dapat mengemaskini blog saya. Jadi saya mohon maaf kepada pengunjung tetap saya(Jika Ada). Selepas selesai peperiksaan akhir, saya akan memulakan latihan industri di sekitar johor bahru kerana tempatnya masih belum dipastikan. Untuk itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini blog ini sepanjang melalui Latihan Industri tersebut. Sekian, terima Kasih.

Masih tidak kerap…

Maaf sekali lagi, saya masih lagi tidak mencapai tahap kekerapan yg diperlukan untuk mengisi blog ini dengan informasi-informasi penting dan bermanfaat. Dalam perenggan Blog dan Memblog?, saya menyatakan yang kekangan masa menyebabkan blog saya nampak perlahan pergerakannya. Sekarang pula, masa ada namun kekeringan idea menghalang penghasilan entri dengan lebih cepat dan banyak. Jadi, harap dapat bersabar.

Blog dan Memblog?

Bagi mereka yg mengikuti perkembangan blog ini pasti perasan saya kurang mengemaskini blog saya. Ini kerana banyak masalah atau kekangan yg saya hadapi setelah memulakan sesi semester baru di UTM. Antaranya jadual yg penuh, pertambahan kerja asrama(assignment), komputer telah membuat masalah dan XP bersama Ubuntu perlu diformat dan distruktur semula dan internet tiada (hubungan wayarles sangatlah melembapkan dan selalu bermain putus-putus tali). Harap Maaf.

Kembali ke Universiti ..🙂

Sejak 30 Disember 2007 yg lalu, saya telah pun kembali semula ke asrama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menyambung pengajian tahun 3 saya. Jadi penyumbangan artikel dan entri di blog ini mungkin berkurang. Kepada pengunjung tetap, teruskan menyokong usaha saya untuk berkongsi ilmu.Terima kasih.

GambarSkrin Desktop ku

wall2.png

Desktop Ubuntu 7.10 Gusty Gibson

Wallpaper Xp

Desktop Windows XP SP3 (Hack by Amit)

Ke KL

Seminggu saya terpaksa meninggalkan rumah tercinta berangkat ke rumah kakak sulungku yg baru melahirkan seorang putera..jadi xsempat melayari internet seperti biasa.Maaf atas keterlewatan mengemaskini blog berinformasi ini.

Blog Inggeris

Jika ada kesempatan, saya akan membuat satu lagi blog atau website dalam bahasa Inggeris. Temanya masih dalam perancangan bagi pengunjung blog saya, nantikan. Tapi ia bukan janji, masih dalam perkiraan dan sebagainya.

Mahasiswa

Terima Kasih kpd pengunjung tetap atau baru blog ini.Muka ini saya dituliskan utk memberitahu dan meminta maaf kpd pengunjung atas kelewatan dan lelambatan saya mengemaskini laman blog ini. Seperti yg mungkin anda sedia maklum, saya ialah seorg mahasiswa dan sangatlah sibuk (kononnya) dengn urusan di kampus. Jadi masa untuk menaip di blog kurang.

Tambahan pula, internet di kampus agak menyeksakan. Cuba anda bayangkan, beberapa pemancar wireless (lebih kurang 5) disediakan untuk menyediakan kemudahan internet kpd 400-500 pelajar satu kole.Wajarkah? Jadi bagaiman hendak cari sumber pelajaran dari internet (tujuan utama penyediaan internet di kampus), apatah lagi blog-memblog.

Harapan saya, anda teruskan melawat saya di blog ini, dan memberi komen-komen membina. Selain itu, sabarlah jika saya menghantar berbondong-bondong entri/artikel sekaligus. Kerana masa itulah idea paling banyak sampai menjengah ke otak..

Sekian,

Dari meja Senyuman.. 🙂

7 Komen »

  1. saje lalu lalang kat blog ni=)

    Komen oleh cikf=) — Februari 16, 2008 @ 2:08 am |Balas

  2. terima kaseh

    Komen oleh Idris Yussof — Februari 18, 2008 @ 3:33 pm |Balas

  3. saya pon student UTM gak..hehe, 3rd year gak..huhu

    Komen oleh yan — Mac 28, 2008 @ 3:47 pm |Balas

  4. salam…saya pu student UTM gak..3rd year gak…huhu

    Komen oleh yan — Mac 28, 2008 @ 3:47 pm |Balas

  5. saya hanya pejalan kaki yg melalui tempat ini.

    Komen oleh t.a.t.a — April 1, 2008 @ 6:07 am |Balas

  6. trimas kerana berkunjung ke blog ini..

    Komen oleh Idris Yussof — April 6, 2008 @ 4:40 am |Balas

  7. Hehe…bangga ade member yg rajin buat blog.Lg2 blog yg boleh diiktiraf berfaedah n x menyesatkan. Sabar dgn internet kat kolej,k. Sy juga dpt merasai dari jauh hujung hatiku. Jangan alpa yg awak akan start buat PSM tahun ni…pndi2 uruskan masa dgn baik. Salam!

    Komen oleh KaPTeN — Julai 10, 2008 @ 7:10 am |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: