SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Februari 7, 2008

Tukar CD-ROM anda kepada DVD-ROM

Filed under: Dunia Teknologi,Ingin Tahu...,komputer — by Idris Yussof @ 5:50 pm
Tags: , , ,

Sesiapa yg tidak berkesempatan untuk membeli DVD-ROM untuk komputer meja masing, mereka tidak perlu risau dan tidak perlu menambah wang untuk membelinya. Ini kerana, jika komputer anda, telah mempunyai drive CD-ROM tersedia, anda boleh menjadikannya DVD-ROM, dengan sedikit pengubahsuaian. Sebelum ini, mungkin drive CD-ROM anda boleh membaca CD sahaja, setelah melakukan pengubahsuaian, drive anda mampu untuk membaca DVD-Video pula. Bukankah sangat berguna? DVD yg anda beli boleh dipasang di PC lama anda tanpa perlu risau jikapemain DVD anda rosak.

Ok.Untuk memudahkan kefahaman, anda perlu tahu bagaimana ia berlaku.

Trek pitch CD adalah 1.6 microns, dan Trek pitch DVD hanyalah 0.8 microns. Kepanjangan minima laluan lubang CDs adalah 0.843mm, dan kepanjangan minima lubang DVD adalah 0.293mm. Itulah sebabnya cakera DVD dapat menampung banyak data yang lebih dalam saiz satu Cakera.

Dengan situasi yg diberikan, anda perlu melakukan penyesuaian pada kepala laser. Kepala laser ini amat penting, kerana laser ini yg akan membaca sebarang data tertulis pada cakera yg anda masukkan dalam CD-ROM drive anda. Kepala laser ini harus diubahsuai supaya laser tersebut boleh membaca cakera yg mempunyai trek pitch yg lebih kecil dan laluan lubang yg lebih pendek.

(more…)

Advertisements

Blog di WordPress.com.