SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

April 13, 2008

Sekat akses laman web tidak dikehendaki

Selalunya, pengguna internet di rumah kini boleh mengakses internet dari semua laman yg wujud di dunia ini. Bagi ibu bapa yg risaukan anak-anak atau anda sendiri runsing apabila diri anda terakses secara sengaja atau tidak laman-laman web yg tidak dikehendaki, ada beberapa cara yg boleh dibuat. Sekatan ini amat mudah dan tidak memerlukan anda memasang apa-apa aplikasi tertentu supaya dapat menapis laman-laman web tersebut.

Apa yg diperlukan anda ialah alamat laman web yg tidak anda kehendaki supaya anda dapat sekat terus laman tersebut dari diakses. Semua pelayar sama ada Internet Explorer mahupun Mozilla Firefox boleh menggunakan kaedah ini seagi sistem operasi yg anda gunakan adalah Windows XP atau Windows yang lain.

Langkah pertama ialah anda klik pada Start Menu pada taskbar, kemudian anda klik pada pilihan Run. Kemudian anda perlu taipkan teks ini pada kotak Run tersebut:

notepad c:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts

Jika anda malas menaip, salin dan letak dalam kotak run teks di atas ini. Tekan Enter.

Langkah kedua, setelah satu tetingkap iaitu tetingkap notepad keluar, anda perlu pergi pada baris terakhir fail tersebut. Tekan enter dan tambah teks ini dibawah. Contohnya jika anda ingin sekat laman friendster, ini caranya.

127.0.0.1 friendster.com

Simpan fail tersebut dan keluar.  Selepas ini laman tersebut tidak lagi boleh diakses di komputer anda. Jika anda ingin dapatkan kembali akses ke laman yg disekat td, anda hanya perlu lakukan langkah pertama dan buang alamat laman tersebut dari fail tersebut dan simpan.

Ia sangat mudah dan cepat. Anda boleh cuba dan beri komen.

Sumber asal: Digital Inspiration

Advertisements

Create a free website or blog at WordPress.com.