Bosan melihat rakan-rakan bercerita mereka bermain apa-apa permainan komputer melalui “Rangkaian Kawasan Setempat” atau LAN. Tetapi anda sendiri tidak mengetahui bagaimana untuk mengeset tetapan pada komputer anda. Jangan bimbang, kerana ia amatlah mudah untuk dilakukan,termasuk bagi mereka yang bukan pengguna komputer yg tegar dan kurang arif tentang komputer. Tutorial ini bagi mereka yg menggunakan WinXP, tetapi Win98 dan Win2000 juga tidak banyak berbeza.
Apa yg anda perlukan mula-mula sekali adalah kabel LAN yg mungkin terdiri dari kabel terus dari Komputer ke Komputer yg dikenali crossover cable atau kabel yg disambung ke hab. Kabel LAN boleh dirujuk seperti di bawah:

Satu Kabel Crossover LAN.

Satu Contoh hab untuk sambungan LAN.
Kabel Lan ini hendaklah disambung dari satu komputer (PC) ke komputer yg lain. Contohnya jika menggunakan kabel crossover, kabel tersebut boleh disambung dari PC 1 ke PC 2. Jika menggunakan hab, kabel LAN perlu disambung dari hab ke PC 1 dan PC 2.
Kemudian konfigurasi LAN perlu disetkan supaya LAN dapat berfungsi. Pertama sekali, buka Start Menu, kemudian pergi kepada Connect To, apabila keluar senaranya, klik pada Show All Connection. Setelah Tetingkap (Windows) Network Connection sudah keluar, klik butang kanan (Right-Click) tetikus anda dan pilih Properties. Setelah itu, rujuk paparan berikut:
(more…)