SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

September 8, 2007

Applikasi Mudah-Alih dalam USB anda.

Sekarang ini semua orang mampu memiliki sekurang-kurangnya satu USB-thumbdrive, usb stick atau pendrive.Sama ada ianya mempunyai kapasiti ingatan 256MB, 512MB atau 1GB dan mungkin juga 2 GB/4GB. Ini semua hasil perkembangan teknologi yg pesat berjaya memuatkan kapasiti ingatan yg besar ke dalam peranti sekecil itu.

Tetapi buat masa sekarang ini mungkin antara anda hanya menggunakan pendrive untuk menyimpan data dan memindahkan data dari satu komputer peribadi (PC) ke PC yg lain. Kini anda boleh menjadikan pendrive anda lain dari yg lain.

Pernahkah anda mempunyai masalah seperti ini, iaitu :

“Anda telah membuat sedikit tugasan kerja (mereka poster dan lain-lain) di pejabat anda menggunakan perisian Adobe Photoshop dan setelah selesai, anda menyimpan tugasan anda dalam format fail photoshop itu.ke dalam pendrive anda Tugasan ini perlu dipersembahkan kepada klien anda esok hari. Tiba- tiba bos anda meminta untuk anda membuat sedikit perubahan terhadap tugasan yg anda perlu lakukan itu. Tetapi malam itu, anda perlu pergi ke rumah rakan anda atas urusan lain. Oleh kerana keadaan terdesak, tambahan pula rumah anda tiada komputer, anda pun membuat keputusan membawa pendrive anda ke rumah rakan anda itu, kerana dia mempunyai komputer bimbit (laptop). Setelah berada di rumah kawan anda, anda dapati perisian Adobe Photoshop tiada dalam laptopnya itu. Jadi bagaimana menyelesaikannya,tambahan pula installer photoshop kamu berdua tiada.” (more…)

Advertisements

Blog di WordPress.com.