SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Disember 22, 2008

Pemain MP3 Kaset ….buatan China

Peminat muzik pasti memiliki pemain mp4 atau sekurang-kurangnya mempunyai pemain mp3 untuk dihidangkannya pada halwa telinga masing-masing. Oleh kerana amat meminati muzik, pasti ketika dalam kereta atau kenderaan 4 roda, mereka akan bawa sekali pemain muzik masing2 sama ada pemain mp4, cd, mp3 ataupun Ipod. Dan pasti juga dalam lubuk hati mereka

Jika anda mempunyai kenderaan beroda empat yg tidak memiliki set stereo generasi baru yg mempunyai pemain cd yg menyokong format mp3 ataupun yg mempunyai hab usb untuk mp3, anda tidak perlu risau kerana banyak ruang penyelesaiannya. Anda boleh pancarkan muzik anda ke pembesar suara stereo anda dengan pelbagai cara.

Salah satu caranya, bagi mereka yg agak minat gajet-gajet menarik, pasti pernah mendengar Pemancar FM, atau FM Transmitter. Prinsip bekerja bagi sesebuah pemancar FM ialah dengan memancarkan apa-apa punca muzik yg datang atau disambung pada pemancar FM ini dan kemudian ia dipancar keluar, sebelum set stereo kereta akan dapat mengesannya. Setelah itu, set stereo akan memainkannya seolah-olah, putaran radio yg dimainkan.

FM Transmitter

Contoh sebuah pemancar FM untuk kereta

Seperti gambar di atas, pemain mp3 boleh disambungkan dengan pemancar FM ini. Untuk dapatkan tenaga elektrik dalam kereta, pemancar FM ini boleh disambungkan melalui pencucuh rokok di dalam kereta.

(more…)

Create a free website or blog at WordPress.com.