SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

November 9, 2007

Pelbagai cara memuat turun dan perkongsian melalui Internet.

Konsep perkongsian di internet sebenarnya telah bermula sejak tahun 80-an lagi. Usenet adalah antara salah satu peneroka dunia perkongsian di internet. Usenet, pada mulanya hanyalah sebagai suatu koleksi nota dan mesej/pesanan yg disampaikan pengguna internet ke pelayan (server) dengan menyentuh pelbagai topik dan subjek. Secara teknikalnya, suatu koleksi subjek atau mesej dan nota-nota yg dihantar di pelayan Usenet ini dikenali sebagai kumpulan-topik (newsgroup). Di dalam kumpulan-topik inilah boleh berlakunya pemindahan data binari yg digunakan dalam perkongsian fail. Gambar di bawah ini, boleh menerangkan serba sedikit mengenai konsep Usenet.

Untuk pemahaman lebih lanjut bagaimana USENET berfungsi dan membantu perkongsian fail dan data di internet dalam artikel saya yg akan datang. (more…)

Advertisements

Blog di WordPress.com.