SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

November 9, 2007

Dapatkanlah bantuan dari VideoHelp

anda ingin dapatkan bantuan bagaimana hendak letakkan terus sarikata ke video yg and muatturun? Secara tetap ke video tersebut? Jika tutorialnya di sini, mungkin boleh menjadi panjang  entri tersebut. Cuba dapatkan bantuan dari forum di internet. Dan salah satunya ialah dari videohelp.

videohelp

Laman Utama Videohelp.

Anda boleh cari pelbagai penyelesaian kepada masalah-masalah anda berkaitan dengan video, dvd player, dan sedikit audio. Jika masalah anda tidak lagi dalam topik di forum ini, anda boleh menulis mengenai topik bar, pasti ada bijak-pandai (geek) akan membantu anda.Usah risau. Walaupun ianya dalam bahasa Inggeris, saya rasa pasti mereka yg berminat membuat sebarang penukaran format video, penyuntingan video dan sebagainya pasti sudah biasa dengan istilah bahasa Inggeris yg digunakan. Ataupun sebagai bantuan gunakanlah laman Citcat yg mampu terjemahkan laman tersebut.

Ap tunggu lagi? Dapatkan bantuan..

November 2, 2007

Sarikata – dunia video masa kini.

Filed under: Dunia Teknologi,Ingin Tahu...,komputer — by Idris Yussof @ 10:49 am
Tags: , , , , , ,

Menurut Wikipedia, sarikata ditakrifkan sebagai versi-versi teks dialog dalam filem-filem dan program-program televisyen dan biasanya ia dipamerkan di bawah skrin. Ia terdiri daripada sama ada satu bentuk terjemahan tersurat satu dialog dalam satu bahasa asing, atau satu dalam bahasa yang sama—dengan atau tanpa maklumat tambahan juga boleh membantu penonton-penonton pekak dan separuh pekak untuk memahami dialog

 

.subs.jpg
Ini salah satu contoh sarikata yg terdapat dalam sebuah drama di 8TV(Malaysia).

Sarikata secara umumnya boleh dibahagi pada tiga iaitu sarikata tertutup, terbuka, dan pra-render. Sarikata terbuka jg dikenali sebagai hardsub dan sarikata tertutup sebagai softsub. Sarikata terbuka ini juga boleh ditakrifkan sebagai sarikata yg kekal terdapat pada video yg ditayangkan itu manakala sarikata tertutup adalah sarikata yg boleh diaktifkan dan tidak diaktifkan mengikut kemahuan pengguna. Dan sarikata ini adalah yg berasingan (bebas) dari fail video asal.

Dengan kepesatan industri atau permintaan untuk memuat turun drama dan filem, kini kebanyakannya menggunakan pendekatan sarikata tertutup. Bagimereka yg agak tahu mengenai teknikal dan sering memuat turun filem dan siri tv dari internet, mereka lebih faham mengenai sarikata tertutup ini. Sarikata ini terdiri daripada pelbagai format, contohnya .srt, .sub, .ssa, .smi, .psb, .usf dan macam-macam lagi. Fungsinya sama iaitu memaparkan sarikata di skrin tv atau komputer tetapi formatnya mungkin berlainan iaitu sama ada berasaskan teks ataupun berasaskan gambar. Tetapi sarikata ini hanya melibatkan fail video yg ber-extension atau berformat avi dan divx.

(more…)

Create a free website or blog at WordPress.com.