SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Disember 18, 2007

OpenMoko – Telefon Bimbit Sumber Terbuka

Pernah terbayang anda berhak untuk mendapat, mengguna,mengubah dan mengagihkan perisian dan perkakasan pada telefon bimbit anda? Kini, OpenMoko, telah memulakan usaha menghasilkan telefon bimbit pertama yg menggunakan platform sumber terbuka atau Open Source. Dan inilah hasilnya..

openmoko - neo1973

Neo1973 – Telefon Pintar menggunakan platform OpenMoko.

Neo1973 ini dikira sebagai sumber terbuka degan sebenar-benar bebas pada perisian dan juga perkakasan. Jika telefon bimbit yg lain, kita dihalang dari meneroka potensi dan membuat sebarang modifikasi terhadap perkakasan. Tetapi dengan platform OpenMoko ini, potensi telefon bimbit ini dikembangkan lagi kepada tahap yg lebih jauh. Pembangun dan mungkin penggodam perkakasan (Hardware Hacker) boleh mengkaji dan memperbaiki sebarang kekurangan pada peranti ini melalui PCB. Keterbukaan Platform Open Moko ini boleh dirumuskan dalam petikan Bahasa Inggeris ini:

Like Make Magazine we believe “If you can’t open it, you don’t own it”.
Others try their best to lock us out of the devices we buy, but, Neo’s are built for you to open. You can take the casing apart and get at the PCB. Opt for the Neo Advanced kit and we’ll give you a special screwdriver (the Neo cracker) and plastic guitar pick to make opening this device even easier. Go ahead, open your Neo. Make our day.

(more…)

Disember 17, 2007

Projektor lebih kecil dari ibu jari anda

large-lasersedge.jpg

MicroVision  dan  Motorola kini berganding bahu dalam usaha menghasilkan projektor yg sangat kecil ke dalam telefon bimbit prototaipnya. Microvision yg terlibat secara langsung dalam penyelidikan laser, paparan imej dan teknologi imbasan telah berjaya menghasilkan enjin paparan Picop yg mampu memaparkan paparan dari projektor bersaiz nano.

 main_embed.jpg

(more…)

Blog di WordPress.com.