SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Mei 18, 2008

Betulkan Pelarasan Masa dalam Sarikata dengan Subtool

Filed under: Ingin Tahu...,Windows — by Idris Yussof @ 5:07 am
Tags: , , , , ,

Sebelum dimulakan, pemilik blog ini meminta maaf kerana tidak mengemaskini blog ini dalam tempoh yg terlalu lama kerana sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan.

Bagi peminat tegar siri tv atau filem terutamanya dari jepun dan inggeris pasti selalu menggunakan khidmat sarikata atau dikenali subtitle dalam bahasa Inggeris. Subtitle itu boleh didatangkan dalam format yg pelbagai tetapi yg paling popular ialah format subrip iaitu srt. Selain itu sarikata juga terdiri dari format lain iaitu, idx, sub, smi, ssf and usf.

Selalunya, bagi mereka yg mendapatkan sebarang video filem atau siri tv dengan cara memuatturun dari internet, ia tidak didatangkan dengan sarikata. Jadi bagi video inggeris, sumbernya boleh didapati dari Subscene, yg menyenaraikan pelbagai jenis sarikata untuk pelbagai filem dan siri tv. Namun di sebalik itu, kadangkala sarikata yg dimuatnaik itu tidak selaras atau segerak dengan percakapan dalam filem atau siri tv yg ditonton. Ini memberi masalah kepada penonton untuk mengikuti perjalanan cerita dengan baik.

(more…)

November 25, 2007

Laman torrent tempatan

Filed under: torrent — by Idris Yussof @ 8:34 am
Tags: , , , , , , ,

feweet.png

Untuk mendapatkan laman-laman memuatturun rancangan tv atau hiburan tempatan di internet mungkin agak terhad. Tetapi SenyumaN ingin berkongsi beberapa laman web torrent yg boleh anda lawati untuk dapatkan drama-drama, rancangan tv, dan bermacam-macam lagi sumber karya tempatan.

Ini adalah sebahagian daripada senarai laman torrent tempatan yg dapat dijejaki SenyumaN:

  1. Jiwang torrent atau dikenali sebagai JWG Torrent
  2. TorrentMalaya
  3. Feweet Torrent, formatnya hampir sama dengan JWG Torrent

Walaupun hanya 3 sahaja laman torrent yg dijumpai, tetapi kandungannya cukup lengkap dan dapat dijadikan sumber arkib tempatan. Walaubagaimanapun, torrent bukannya satu-satunya jalan untuk mendapatkan hiburan dan rancangan tempatan. Banyak lagi portal-portal dan laman blog untuk pautan terus muat turun video-video tempatan yg akan dibongkar dalam entri akan datang.

Blog di WordPress.com.