SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Februari 5, 2008

Tune Broadband

AirAsia, Tune Hotel dan kini muncul pula Tune Money. Ketiga-tiga produk @ perkhidmatan ini banyak membawa pembaharuan dalam dunia perniagaan atau perkhidmatan di rantau ini.Yg pasti, semua orang Malaysia termasuk TKI(Tenaga Kerja Indonesia) yg menetap di sini sedar akan kewujudan AirAsia sebagai perkhidmatan tambang murah bg kapal terbang. Jadi kepada yg cepat membuat tempahan atas talian, harganya kadang-kadang hanya RM0.99(tidak termasuk cukai). Walaupun tidak termasuk cukai, ini sudah cukup berbaloi dan amat murah. Tambahan pula, jika dibandingkan dengan menaiki bas, dengan harga yg ditawarkan, masa dan tenaga dan juga mungkin wang dapat dijimatkan bila menaiki AirAsia ini. Slogan ini dikira amat berkesan,mahal dan sesuai sekali untuk AirAsia iaitu

Sekarang semua orang boleh terbang

Dengan slogan itu, penerbangan AirAsia telah membawa lebih kurang 33 juta penumpang sejak beroperasi. Ini merupakan sesuatu yg patut dibanggakan Dato’ Tony Fernandes, seorang usahawan yang pernah berkecimpung dalam dunia perniagaan dalam industri hiburan di mana beliau adalah sebahagian keluarga Warner Music Group.

(more…)

September 23, 2007

Penghormatan Buat Nurin Jazlin Jazimin.(AL-FATIHAH)

Filed under: Hal Hari Ini,Negara,Ruangan Khutbah — by Idris Yussof @ 8:07 am
Tags: , , , , , ,

Sungguh sedih sekali apabila kita membaca berita-berita mengenai arwah adik Nurin yg dapaat liputan meluas akibat dari kehilangannya seterusnya kematian yg penuh tragis dan menyayat hati kerana diperlakukan sebegitu rupa. Memang ramai yg menunjukkan rasa simpati tetapi dalam masa yg sama ibu bapa dan masyarakat harus berwaspada dan lebih berhati-hati supaya kejadian ini dapat dielakkan terus. Supaya penjenayah yang bersifat “Binatang yang lebih dari seekor pemangsa biasa” sudah kempunan dan tidak lagi ingin melakukan jenayah itu lagi.

Air mata keluarga Nurin sangat menyentuh sekuruh rakyat Malaysia. Semoga keluarga Nurin dapat menghadapnya dengan tabah. Jangan tudingkan jari kpd kedua ibu bapanya kerana mereka telah memberitahu bukan kesilapan mereka yg mengundang pada tragedi ini. Pak Lah pun turut sama bersedih dengan pemergian Nurin. Kepada Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman, bersabarlah, seluruh rakyat Malaysia sentiasa bersama anda.

Kepada orang ramai, mari kita bersama-sama berdoa semoga penjenayah yg terlibat menerima hukuman setimpal, dan dapat dijumpai dalam dunia lagi supaya dia sedar bukannya sesuka hati dia melempiaskan nafsunya kepada sesiapa.

 

   

Semoga Roh Allahyarhamah dirahmati dan diberkati Allah.

Blog di WordPress.com.