SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

November 9, 2007

Dapatkanlah bantuan dari VideoHelp

anda ingin dapatkan bantuan bagaimana hendak letakkan terus sarikata ke video yg and muatturun? Secara tetap ke video tersebut? Jika tutorialnya di sini, mungkin boleh menjadi panjang  entri tersebut. Cuba dapatkan bantuan dari forum di internet. Dan salah satunya ialah dari videohelp.

videohelp

Laman Utama Videohelp.

Anda boleh cari pelbagai penyelesaian kepada masalah-masalah anda berkaitan dengan video, dvd player, dan sedikit audio. Jika masalah anda tidak lagi dalam topik di forum ini, anda boleh menulis mengenai topik bar, pasti ada bijak-pandai (geek) akan membantu anda.Usah risau. Walaupun ianya dalam bahasa Inggeris, saya rasa pasti mereka yg berminat membuat sebarang penukaran format video, penyuntingan video dan sebagainya pasti sudah biasa dengan istilah bahasa Inggeris yg digunakan. Ataupun sebagai bantuan gunakanlah laman Citcat yg mampu terjemahkan laman tersebut.

Ap tunggu lagi? Dapatkan bantuan..

September 13, 2007

Tukar format fail .flv dari youtube ke .avi secara atas talian (online)

Youtube merupakan laman perkongsian video yg amat popular sekarang ini. Lebih kurang 70-80% pengguna internet terutamanya di kalangan warga muda adalah pengguna youtube samaada secara kerap atau tidak. Di Malaysia juga begitu fenomenanya, di mana semua sumber video terutamanya yg boleh menimbulkan kontroversi biasanya bermula dari laman ini.

Bg laman perkongsian video seperti Youtube, format video yang diterbitkan iaitu streaming media content adalah berformat flash video, atau dengan konotasi ” .flv “. format ini biasanya kurang dikenali di kalangan pengguna komputer dan multmedia yg biasa. (more…)

Blog di WordPress.com.