SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

November 26, 2007

20 Perkara – JANGAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
(more…)

Bersalam: Tidak Menghina Wanita

Filed under: Ruangan Khutbah — by Idris Yussof @ 4:50 am
Tags: , , , , , , ,

Kaum feminisme menganggap bahawa amalan bersalaman (antara suami dan isteri) adalah bukti penghinaan terhadap perempuan. Mengapa isteri mesti meraih dan mencium tangan suaminya? Mengapa tidak sebaliknya? Bukankah itu tanda perempuan lebih rendah dari lelaki?

“Assalamu’alaikum…,” ucap Muhsin mengakhiri rakaat terakhirnya. Dibelakangnya Hasanah isterinya mengucap lafaz yang sama menandakan solat jemaah telah selesai. Seperti biasanya, sejak dia berkahwin dengan Muhsin maka Hasanah meraih tangan suaminya lalu disalami dan diciumnya.

“Bang…, bolehkah saya bertanya?” ujarnya setelah keduanya selesai berzikir.
“Tentu saja, masalah apa?”
“Tentang masalah bersalaman….”
“Bersalaman? Ada apa? …..Bagaimana?…Mengapa?
“Kaum feminisme menganggap bahawa amalan bersalaman seperti tadi adalah bukti penghinaan terhadap perempuan. Mengapa isteri mesti meraih dan mencium tangan suaminya? Mengapa tidak sebaliknya? Bukankah itu tanda perempuan lebih rendah dari lelaki? Bagaimana tanggapan Abang?”

“Oh, itu yang dimaksudkan. Apakah Abang pernah memerintahkan Adik berbuat demikian?”
“Tidak.”
“Atau menganjurkan?”
“Tidak.”
“Mengapa Adik melakukannya?”
“Umm… mengapa ya? ……. Mungkin pertama, saya sering melihat ibu melakukan hal yang demikian kepada bapa. Kedua, naluri saya sebagai isteri memerintahkan saya berbuat demikian. Ketiga, saya melihat Abang senang menerimanya. Saya bahagia jika suami merasa gembira dengan sesuatu yang saya perbuat.”

(more…)

September 23, 2007

Penghormatan Buat Nurin Jazlin Jazimin.(AL-FATIHAH)

Filed under: Hal Hari Ini,Negara,Ruangan Khutbah — by Idris Yussof @ 8:07 am
Tags: , , , , , ,

Sungguh sedih sekali apabila kita membaca berita-berita mengenai arwah adik Nurin yg dapaat liputan meluas akibat dari kehilangannya seterusnya kematian yg penuh tragis dan menyayat hati kerana diperlakukan sebegitu rupa. Memang ramai yg menunjukkan rasa simpati tetapi dalam masa yg sama ibu bapa dan masyarakat harus berwaspada dan lebih berhati-hati supaya kejadian ini dapat dielakkan terus. Supaya penjenayah yang bersifat “Binatang yang lebih dari seekor pemangsa biasa” sudah kempunan dan tidak lagi ingin melakukan jenayah itu lagi.

Air mata keluarga Nurin sangat menyentuh sekuruh rakyat Malaysia. Semoga keluarga Nurin dapat menghadapnya dengan tabah. Jangan tudingkan jari kpd kedua ibu bapanya kerana mereka telah memberitahu bukan kesilapan mereka yg mengundang pada tragedi ini. Pak Lah pun turut sama bersedih dengan pemergian Nurin. Kepada Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman, bersabarlah, seluruh rakyat Malaysia sentiasa bersama anda.

Kepada orang ramai, mari kita bersama-sama berdoa semoga penjenayah yg terlibat menerima hukuman setimpal, dan dapat dijumpai dalam dunia lagi supaya dia sedar bukannya sesuka hati dia melempiaskan nafsunya kepada sesiapa.

 

   

Semoga Roh Allahyarhamah dirahmati dan diberkati Allah.

September 16, 2007

Detik Kewafatan Rasulullah s.a.w

Filed under: Ruangan Khutbah — by Idris Yussof @ 6:29 am

Sentiasalah kita bersalawat keatas RASULULLAH SAW…Kita selalu menyambut tarikh kelahiran Rasulullah tapi kita tidak tahu tarikh kewafatan

Utk Renungan Bersama.

Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
(more…)

September 8, 2007

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Filed under: Ruangan Khutbah — by Idris Yussof @ 4:37 am

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

(more…)

Create a free website or blog at WordPress.com.