SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Januari 23, 2008

Set PC tanpa internet menggunakan wayarles USB(Aztech WL635USB)

Kebanyakan dari pengguna Ubuntu dan distro/edaran lain Linux memerlukan penggunanya mempunyai perhubungan internet yg bagus dan laju seperti jalur lebar dan sebagainya. Tetapi mungkin ada antara ketikanya kita terpaksa membawa laptop atau komputer kita di tempat lain seperti kolej dan sebagainya dan ditambah pula perhubungan internet menggunakan tanpa wayar atau wayarles. Jadi mungkin ada antara anda menggunakan kad wayarles atau adpater, atau telah terpasang secara binaan dalaman laptop.

Masalahnya adalah, kerana kebanyakan driver adapter wayarles anda tidak boleh terpasang secara automatik dalam Ubuntu anda. Oleh itu anda perlu memasang satu perisian iaitu Ndiswrapper. Perisian ini berfungsi dengan menggunakan driver dari Windows di dalam kotak Linux atau Ubuntu anda. Jika anda mempunyai internet menggunakan cara lain seperti LAN dan sebagainya, anda boleh mendapatkan Ndiswrapper secara atas talian. Jika sumber utama internet anda adalah hanya dari wayarles anda, terutama di kolej, anda boleh mendapatkan perisian Ndiswrapper melalui entri ini. Untuk tutorial kali ini, ia tertumpu kepada adapter wayarles Aztech WL635USB, dan mungkin ia berfungsi untuk adapter wayarles lain.

Pertama sekali, anda perlu mendapatkan 3 pakej dari perisian Ndiswrapper ini dari internet melalui komputer yg disambung dengan internet(kafe siber, komputer rakan yg tersedia hubungan internet). Sila muat turun pakej ini dan pasangnya dengan mengklik dua-kali tetikus pada fail .deb tersebut. Jangan pasangkan atau cucuk adapter usb aztech anda dahulu ketika langkah ini.:

Kedua, anda perlu menyenaraihitamkan atau menghilangkan kebenaran pada driver sumber terbuka bcm43xx. Caranya adalah membuka terminal, kemudian taipkan ini dan tekan Enter.

  • echo ‘blacklist bcm43xx’ | sudo tee -a /etc/modprobe.d/blacklist

Seterusnya, plugkan USB wayarles anda, dan semak adakah, komputer mengecam adapter anda. Untuk semak, taip “ lsusb ” dalam terminal Ubuntu anda.
Kemudian, anda perlu sediakan driver Aztech Windows anda untuk dimasukkan ke dalam Ubuntu anda. Jika anda sudah pasang driver itu pada PC anda yg melakukan dual-booting, jadi anda perlu mencari fail ber-extension .inf pada folder driver wayarles anda dan beberapa fail lain seperti .sys dan .bin dari Windows anda.Alternatifnya, anda boleh dapatkan dari CD driver anda ketika membeli usb wayarles tersebut. Untuk kemudahan anda bagi yg menggunakan Aztech WL635USB, anda boleh muat turun fail tersebut di sini.

Jika anda menggunakan Vista,kemungkinan fail driver untuk .sys yg berbeza. Selepas anda mendapatkan fail di atas, anda salin-dan-tampal(copy-and-paste) di satu folder di kotak Ubuntu anda. Mungkin anda boleh buat satu direktori baru (direktori Wifi misalnya) di /home/[nama_anda]/[direktori baru]. Jika direktor tersebut bernama Wifi, jadi alamatnya seperti ini: /home/[nama_anda]/Wifi . Kemudian masukkan fail driver di atas ke dalam direktori ini.

Anda akan gunakan antarammuka ndisgtk untuk memasang driver wayarles anda kerana anda telah pun memasang pakej ini (ndisgtk) sebelum ini dengan langkah pertama di atas. Buka System > Administration > Windows wireless drivers. Jika sistem mahukan kata laluan, hanya masukkannya. Dan anda boleh memasang driver wayarles tersebut dengan antaramuka itu. Hanya pasang dengan layar(browse) pada fail .inf dalam direktori yg telah anda letak pada mulanya tadi. Sekarang, pemasangan driver telah selesai.

Langkah terakhir, anda perlukan supaya driver wayarles anda di-load ketika komputer pada Ubuntu dibuka. Jadi anda tidakprelu engaktifkan driver setiap kali kompuuter dibuka. Untuk menjalankan langkah ini, buka terminal dan taipkan ini:

  • sudo ndiswrapper -m

Sekarang, anda boleh, mematikan dan membuka semula komputer anda dan gunakan fungsi internet dari usb wayarles anda. Perhatikan isyarat wayarles di palang atas, atau bahagian kanan atas desktop anda. Ia berbentuk seperti tangga yg menunjukkan berapa kelajuan dan isyarat penerimaan wayarles dari perkakasan usb wayarles tersebut.
Harap ia dapat membantu. Jika ingin panduan lengkap dan juga bantuan, boleh mendapatkan pertolongan melalui dokumentasi ini. Jikaanda mengalami masalah, boleh bertanya di forum atau dengan saya(jika saya mampu menolong) atau saudara syahid zul(yg bnyk menolong saya).

Januari 19, 2008

Bagaimana untuk mount dan unmount imej .iso dalam Ubuntu

Filed under: Ingin Tahu...,Linux,muat turun,Tutorial — by Idris Yussof @ 12:37 am
Tags: , , , , , ,

Anda menggunakan Ubuntu(Hanya sah untuk pengguna Ubuntu dan mungkin Sistem Operasi terbitan Debian)? Anda ada imej .iso? Tetapi anda malas mahu membakar(burn) imej itu kerana penulis CD dalam komputer anda mengalami masalah atau anda tidak mempunyai penulis CD. Ataupun anda ingin mengakses fail dalam imej .iso tersebut, namun anda tidak mempunyai cakera padat kosong di waktu itu dan malas menggunakan CD kosong untuk fail .iso sekecil 200MB. Tutorial ini dapat membantu untuk anda menggunakan skrip supaya imej .iso anda boleh di-mount dan di-unmount atau ditanam sebagai suatu Judul(Volume/Drive) dalam komputer anda.

Ideanya ialah anda memuatturun dua skrip yg akan diberikan di bawah. Skrip ini bertindak sebagai pelaksana arahan supaya imej .iso anda boleh dibaca dengan cemerlang, kemudian boleh buang arahan bacaan/akses ke atas imej tersebut.

Muatturun dua skrip ini dahulu, sebelum kita teruskan dengan langkah-langkah lain. Letakkan kedua-dua fail anda ini di desktop anda dahulu.

(more…)

Disember 17, 2007

Konfigurasi Bluetooth dalam Ubuntu

Kepada pengguna Ubuntu,anda harus berterima kasih kepada kumpulan pembangun sistem operasi ini,kerana setiap keluaran (setiap 6 bulan) pasti ada penambahbaikan dan bilangan perkakasan (hardware) yg disokong juga bertambah.

bluetoothusb.jpg

Untuk Ubuntu 7.10 (Gusty Gibson), sokongan ke atas peranti seperti bluetooth semakin mudah kerana Ubuntu 7.10 akan mengenal peranti bluetooth anda samaada anda mempunyai bluetooth terbina dalam ( biasanya komputer riba(laptop) ) ataupun menggunakan bluetooth dongle (bluetooth yg dihubungkan menggunakan usb seperti gambar di atas). Bermakna sokongan peranti pada Ubuntu lebih baik dari Windows di Windows, driver perlu dipasang dahulu untuk pengaktifan satu-satu peranti. Kebanyakan usb bluetooth dongle sekarang in, sudah boleh disokong oleh ubuntu. Untuk mengetahui adakah bluetooth anda disokong atau tidak, sila ke sini.

(more…)

Disember 13, 2007

Akses Fail Linux dalam Windows

Kepada mereka yg tidak tahu, Linux dan Windows menggunakan sistem fail yg berbeza. Biasanya Windows yg sekarang Windows Vista dan Win XP menggunakan sistem fail NTFS manakala Linux menggunakan Ext3 atau Ext2. Secara umumnya jika anda biasa menggunakan Dual-booting antara Windows dan Linux anda mendapati kesukaran terutamanya ketika menggunakan Windows. Ini kerana anda tidak boleh mengakses fail anda di dalam Linux samaada Ubuntu, Mandriva, Red Hat ataupun Fedora.

Sekarang, satu perisian yg dikenali sebagai Linux Reader telah berkemampuan membaca bahagian (partition) Linux di dalam Windows.

(more…)

Disember 10, 2007

Ubuntu 7.10 dalam PS3

Jangan anggap sistem operasi hanya untuk komputer dan pelayan sahaja. Konsol permainan juga sekarang sudah dinaikkan taraf boleh dipasangkan dengan sistem operasi. Terbaru, menurut Softpedia, Ubuntu 7.10 yg berasaskan dari Linux boleh dipasang sebagai sistem operasi kedua setelah sistem operasi XMB di dalam permainan konsol PlayStation3(PS3).

Secara mudahnya, mereka yg berminat memainkan fail multimedia dalam PS3 dalam bentuk seperti apa yg ada dalam sesebuah komputer peribadi (PC) bolehlah memasang ubuntu dalam sistem PS3 mereka. Tetapi untuk mencapai kualiti yg menarik, pemilik PS3 haruslah mempunyai tv yg ada HDMI input supaya menghasilkan output yg berkualiti.

Seperti yg ramai tahu, PS3 menggunakan cakera blu-ray yg berdefinisi tinggi untuk konsolnya. Jadi kualiti gambar dan grafik adalah lebih baik berbanding sebelumnya iaitu PS2.

Dengan kemampuan ini, peminat konsol PS3 juga dapat menrasai dan menikmati pengalaman seperti mereka yg menggunakan komputer peribadi di rumah.Cuma mungkin tersapat beberapa kekurangan kerana ia tidak lengkap seperti sebuah PC sebenar. Namun apa salahnya mencuba.

Jadi untuk Langkah-demi Langkah cara pemasangan Ubuntu dalam PS3, boleh lawatii Softpedia atau Forum ebuyer atau Gamespot. Dan untuk mendapatkan fail .iso atau pemasangnya, boleh dimuatturun di sini.

Create a free website or blog at WordPress.com.