SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Julai 9, 2008

Komputer DNA – Pengkomputeran Masa depan

Seorang saintis dan juga profesor University of Southern California, Leonard Max Adleman, telah mencetuskan satu perkembangan menarik dalam dunia pengkomputeran. Beliau telah menjadi pencetus kepada kajian mendalam mengenai DNA komputer, atau pengkomputeran melalui DNA berbanding cara tradisional iaitu dengan litar elektronik yg membentuk litar kompleks sehingga menghasilkan suatu komputer yg dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan.

Adleman telah berjaya membuat demonstrasikonsep pengkomputeran dari DNA, yg mana dapat menyelesaikan 7-titik masalah laluan Hamilthon. Kemudian, pada 2002, sekumpulan penyelidik Israel dari Weizmann Institute of Science telah menyambung penyelidikan DNA komputer dan memperkenalkan satu jenis komputer, yg boleh melakukan 330 trillion operasi per saat yg mana adalah 100 000 kali lebih laju daripada komputer peribadi yg terlaju. Ia juga boleh dikenal sebagai komputer biologikal. Penyelidikan pakar saintis ini juga melibatkan enzim selain DNA.

(more…)

September 23, 2007

Penghormatan Buat Nurin Jazlin Jazimin.(AL-FATIHAH)

Filed under: Hal Hari Ini,Negara,Ruangan Khutbah — by Idris Yussof @ 8:07 am
Tags: , , , , , ,

Sungguh sedih sekali apabila kita membaca berita-berita mengenai arwah adik Nurin yg dapaat liputan meluas akibat dari kehilangannya seterusnya kematian yg penuh tragis dan menyayat hati kerana diperlakukan sebegitu rupa. Memang ramai yg menunjukkan rasa simpati tetapi dalam masa yg sama ibu bapa dan masyarakat harus berwaspada dan lebih berhati-hati supaya kejadian ini dapat dielakkan terus. Supaya penjenayah yang bersifat “Binatang yang lebih dari seekor pemangsa biasa” sudah kempunan dan tidak lagi ingin melakukan jenayah itu lagi.

Air mata keluarga Nurin sangat menyentuh sekuruh rakyat Malaysia. Semoga keluarga Nurin dapat menghadapnya dengan tabah. Jangan tudingkan jari kpd kedua ibu bapanya kerana mereka telah memberitahu bukan kesilapan mereka yg mengundang pada tragedi ini. Pak Lah pun turut sama bersedih dengan pemergian Nurin. Kepada Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman, bersabarlah, seluruh rakyat Malaysia sentiasa bersama anda.

Kepada orang ramai, mari kita bersama-sama berdoa semoga penjenayah yg terlibat menerima hukuman setimpal, dan dapat dijumpai dalam dunia lagi supaya dia sedar bukannya sesuka hati dia melempiaskan nafsunya kepada sesiapa.

 

   

Semoga Roh Allahyarhamah dirahmati dan diberkati Allah.

Blog di WordPress.com.