SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Oktober 28, 2007

Terjemah Laman Internet ke Bahasa Melayu.

Pengguna internet yg bertutur dalam Bahasa Melayu pasti mengetahui bahawa kebanyakan maklumat dan informasi di internet kebanyakannya datang dari sumber berbahasa Inggeris. Bagi mereka yg tidak fasih berbahasa Inggeris atau tidak begitu mahir, merasakan penggunaan internet sebagai gerbang ilmu amat terbatas. Jika dilihat statistik laman-laman web berbahasa melayu juga kurang. Contohnya, Wikipedia, ketika ini hanya lebih kurang 24,000 artikel berbahasa Melayu sedangkan artikel berbahasa Inggeris hampir mencecah 3 juta.

Namunn, kini mereka yg kurang mahir dalam bahasa Inggeris tidak lagi perlu berasa gusar kerana penyelesaiannya sudah ada. Citcat adalah jawapannya. Citcat adalah laman penterjemahan yg berfungsi menterjemahkan sebarang teks dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan juga sebaliknya. Ia bukan seperti kamus atas talian kerana laman ini juga mampu berfungsi untuk meterjemahkan laman-laman web lain yg berasaskan html ke dalam bahasa Melayu. Jadi bagi mereka yg ingin dapatkan maklumat yg banyak sumbernya berbahasa Inggeris, penterjemahan ini amat membantu.

Namun begitu laman ini juga mempunyai kekurangan kerana ia menggunakan java sebagai sumber kod antaramukanya. Setakat ini, ia masih lagi baik untuk kegunaan Internet Explorer sahaja. Mungkin akan datang, laman ini berfungsi dengan baik di dalam Mozilla Firefox. Ketepatan penterjemahan teks juga masih lagi kurang, tetapi ia amat sesuai untuk kefahaman yg lebih mudah dalam bahasa Inggeris. Ia sesuai untuk pelajar-pelajar yg kurang mahir  dalam bahsa Inggeris walaupun penterjemahannya tidak tepat tetapi amat membantu.

Mereka yg berminat dan ingin mendapat manfaat bolehla berkunjung ke laman tersebut.

Advertisements

Create a free website or blog at WordPress.com.