SenyumaNSedekaH – Hulurkan Ilmu Dengan Senyuman

Oktober 15, 2009

Selamat Kembali

Filed under: Ingin Tahu... — by Idris Yussof @ 4:54 am

Setelah begitu lama menyepi, blog ini akan kembali aktif walaupun tidak sekerap dulu..

Harap pengunjung dapat manfaat semula dari kehadiran semula senyuman.

Disember 22, 2008

Pemain MP3 Kaset ….buatan China

Peminat muzik pasti memiliki pemain mp4 atau sekurang-kurangnya mempunyai pemain mp3 untuk dihidangkannya pada halwa telinga masing-masing. Oleh kerana amat meminati muzik, pasti ketika dalam kereta atau kenderaan 4 roda, mereka akan bawa sekali pemain muzik masing2 sama ada pemain mp4, cd, mp3 ataupun Ipod. Dan pasti juga dalam lubuk hati mereka

Jika anda mempunyai kenderaan beroda empat yg tidak memiliki set stereo generasi baru yg mempunyai pemain cd yg menyokong format mp3 ataupun yg mempunyai hab usb untuk mp3, anda tidak perlu risau kerana banyak ruang penyelesaiannya. Anda boleh pancarkan muzik anda ke pembesar suara stereo anda dengan pelbagai cara.

Salah satu caranya, bagi mereka yg agak minat gajet-gajet menarik, pasti pernah mendengar Pemancar FM, atau FM Transmitter. Prinsip bekerja bagi sesebuah pemancar FM ialah dengan memancarkan apa-apa punca muzik yg datang atau disambung pada pemancar FM ini dan kemudian ia dipancar keluar, sebelum set stereo kereta akan dapat mengesannya. Setelah itu, set stereo akan memainkannya seolah-olah, putaran radio yg dimainkan.

FM Transmitter

Contoh sebuah pemancar FM untuk kereta

Seperti gambar di atas, pemain mp3 boleh disambungkan dengan pemancar FM ini. Untuk dapatkan tenaga elektrik dalam kereta, pemancar FM ini boleh disambungkan melalui pencucuh rokok di dalam kereta.

(more…)

Disember 6, 2008

Scribd – Buku-Elektronik

Filed under: Ingin Tahu... — by Idris Yussof @ 3:17 am
Tags: , , , , ,

Ingin cari buku elektronik, ianya boleh didapati sangat banyak di laman web ini. Tapi harus bersabar, kerana bukan semua buku ada, tapi banyak salinan buku-buku pelajaran, komik dan macam-macam lagi pengguna Scribd telah muat naik. Anda boleh muat turun buku-buku elektronik tersebut di sini. Tapi Buku-E itu tak disimpan di server Scribd, ia hanya menjadi ejen pencari buku-buku elektronik. Jadi anda akan mungkin boleh muat naik melalui laman perkongsian fail di internet seperti Rapidshare, Megaupload dan FileFactory.

scribd1

Lawati www.scribd.com

Julai 9, 2008

Komputer DNA – Pengkomputeran Masa depan

Seorang saintis dan juga profesor University of Southern California, Leonard Max Adleman, telah mencetuskan satu perkembangan menarik dalam dunia pengkomputeran. Beliau telah menjadi pencetus kepada kajian mendalam mengenai DNA komputer, atau pengkomputeran melalui DNA berbanding cara tradisional iaitu dengan litar elektronik yg membentuk litar kompleks sehingga menghasilkan suatu komputer yg dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan.

Adleman telah berjaya membuat demonstrasikonsep pengkomputeran dari DNA, yg mana dapat menyelesaikan 7-titik masalah laluan Hamilthon. Kemudian, pada 2002, sekumpulan penyelidik Israel dari Weizmann Institute of Science telah menyambung penyelidikan DNA komputer dan memperkenalkan satu jenis komputer, yg boleh melakukan 330 trillion operasi per saat yg mana adalah 100 000 kali lebih laju daripada komputer peribadi yg terlaju. Ia juga boleh dikenal sebagai komputer biologikal. Penyelidikan pakar saintis ini juga melibatkan enzim selain DNA.

(more…)

Mei 18, 2008

Betulkan Pelarasan Masa dalam Sarikata dengan Subtool

Filed under: Ingin Tahu...,Windows — by Idris Yussof @ 5:07 am
Tags: , , , , ,

Sebelum dimulakan, pemilik blog ini meminta maaf kerana tidak mengemaskini blog ini dalam tempoh yg terlalu lama kerana sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan.

Bagi peminat tegar siri tv atau filem terutamanya dari jepun dan inggeris pasti selalu menggunakan khidmat sarikata atau dikenali subtitle dalam bahasa Inggeris. Subtitle itu boleh didatangkan dalam format yg pelbagai tetapi yg paling popular ialah format subrip iaitu srt. Selain itu sarikata juga terdiri dari format lain iaitu, idx, sub, smi, ssf and usf.

Selalunya, bagi mereka yg mendapatkan sebarang video filem atau siri tv dengan cara memuatturun dari internet, ia tidak didatangkan dengan sarikata. Jadi bagi video inggeris, sumbernya boleh didapati dari Subscene, yg menyenaraikan pelbagai jenis sarikata untuk pelbagai filem dan siri tv. Namun di sebalik itu, kadangkala sarikata yg dimuatnaik itu tidak selaras atau segerak dengan percakapan dalam filem atau siri tv yg ditonton. Ini memberi masalah kepada penonton untuk mengikuti perjalanan cerita dengan baik.

(more…)

Laman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.